//Forever Imperfect
Campur.

23 Feb 2015 @ Monday, February 23, 2015 | 0 Comment [s]

Assalamualaikum,

Hi everyone! After been so long not update my blog so today 23 February 2015 im gonna write something. It might be a sad entry to share. (( for me ))

I am so busy with the tons of homework. Naik form 4 ni dia punya situasi lain sangat dengan menengah rendah which is bila form 1/2/3 still boleh enjoy. Doing all the homeworks at eleventh hour. But now, kau buat last minute memang urgh kill yourself lah. I told ya like this bukan aku buat kerja last minute but ya just saying. Mungkin kalau aku cerita kat orang, they will said "this is student life, normal lah homework tu banyak, nak pandai jangan banyak cakap, jangan banyak complain" haa it is not maybe tapi mesti diaorang akan cakap macam tu.

ahhhhhh im human. semuaorang mesti ada rasa penat letih stress and list goes on. Ada ke orang yang suka school life. ADA tapi yelah, biasanya orang yang dah kerja. They will say something like this " dek, school life lah yang paling best. Buat homeworks tu benda semut je bila adik masuk U nanti. So school life tu manfaatkan betul2. Orang yang banyak complain ni dia takkan berjaya "

Kenapa aku rasa bosan sangat or always fed up? sebab aku takda orang yang boleh dengar story aku. How my school life is and everything lah. Masalah aku. Bila aku happy. and semuaaa lah. Bukannya takda kawan, kawan tu ada, tapi kawan tu setakat jumpa kat sekolah. Kat sekolah takkan nak cerita pok pek sana ni. Sekolah is the place where you have to study study and study (( urgh boring )) Ye aku ada family lain, my aunts my cousins, but still aaahhhh I need my mom! I need ibu. Yes Ibu, i need you so much. You're the only one yang boleh faham. and bila aku cerita tu rasa puas. Rasa beban kat bahu ni memang jatuh besepah lah.

Semua anak yang cerita pasal life or whatelse kat their mom, mesti akan rasa puas. it is naturally. Kuasa Allah. MashaAllah. Bila cerita then tengok mata ibu tu, rasa tenang sangat sangat. When someone said " just tell me or share with me if you hv something to share but you cant find someone who can hear you and keep it secret " i will said, inshaAllah. But the truth is, I can't. I'm no believe others. Only mom, Mana ada ibu yang nak pecah rahsia anak kat kawan dia or sape2 lah? Betul kan? yaa that's why aku just percaya ibu. But now she left me. Oh Allah, tolong sampaikan salam rindu aku pada ibu...

I have lots of friend. Perempuan, urgh memang ramai. Tapi nak cari yang boleh betul2 percaya tu susahnya ya Allah. semua orang mesti rasa situasi ni. Why aku suka kawan dengan lelaki? sebab as we know lelaki bukan kepoci. (( NOT ALL BOYS LAH KAN )) entah, ni kalau aku cakap kat sape2 yang aku memang suka kawan lelaki, some of them will said " eii gatal, kau kawan lah dengan perempuan bukan masanya lagi untuk kau cari lelaki yg boleh faham kau " but it is me. situasi kau tak sama dengan situasi aku. Tau lah aku nak cari yang boleh aku percaya.

So i choose someone yg aku percaya. and I got that person. ((gys for short))

entahlah, aku rasa gys ni boleh faham aku. Dia boleh buat aku gelak masa aku tgh nangis rindu ibu. seriously. ((ahh jangan meluat pls, meluat jgn baca aaaa)) the one who have a sweet smile. memang sangat simple, and gurau lah macam mana pun, dia boleh layan even kadang2 im too much annoying. orang2 tua mesti akan cakap "jangan beriye sangat bercinta waktu sekolah, pelajaran tu penting" no aku tak bercinta, but yaaa i feel something when im with him, i mean with him tu macam cerita lah apa yang aku pendam sorang2 lepas ibu pergi. ahh nanti ada orang cakap "ayah kan ada, cerita lah dengan ayah" wehh, kau cuba cerita kat ayah kau pasal lelaki, kauuuu cuba! kau cuba luah perasaan kat ayah, not every father will give a good response. Bukan aku nak cakap ayah aku tak bagi respon, he is a kind man. memang sangat baiik. and aku bersyukur ada ayah yang pemurah macam ayah, yang bagi apa saja aku minta. Alhamdulillah.

Okay back to the story. Dah nama pun remaja. Tipulah kalau orang orang tua tak pernah crush on someone masa sekolah duluuu. tipu sangat tipu. Cuma  bezanya ada yang declare ada yang tak. itu je. Kalau ada kawan perempuan memang 24h boleh layan ikut kepala haa kalau macam tu yes aku takkan cari lelaki. seriously. As long as aku tak buat benda yg tak elok, so yes i will be his friend ((and i hope it will be a long lasting friendship))

Macam mana boleh rapat dengan gys.
First dia punya situasi lebih kurang dengan aku. pasal kawan cuma yang beza he still ada umi. and lagi best ada akak abang and paling best best he is the last! warghhh aku sulung!
Sec dia memang bagi good respon, kalau ws tu tak berperenggan memang tak sah.
Third he is an athlete. memang boleh faham lah kalau aku kata aku sakit kaki sbb tak buat stretching betul2. Cuba kalau aku cerita dengan bukan atlet warghh gila punya cerita balik2 respon " gi urut lah " bosan sangat bosan
Fourth takkan nak senaraikan semuaaaa haa malas.

Gys masuk asrama. Umairah masuk asrama. Emalin masuk asrama. Okay I'm lost!

life is hard

4 Nov 2014 @ Tuesday, November 04, 2014 | 2 Comment [s]

assalamualaikum

so life is hard, isn't it?
why i always said that life is hard?
yea actually aku cakap macam ni since ibu left me.
Today, almost 10 months she left me.
How i miss u so much ibu hmmm

Teringat lagi dulu, masa exam ibu teman sampai lewat malam untuk aku study. She always stay by my side trough ups and downs. Awal tahun 2014 dah plan kalau ibu baik, nak ajak ibu take the fresh air kat island. Well, its my dream nak pergi island dengan ibu. Again after duluuuu pergi langkawi. But now she was gone. 

So tadi, masa isi form untuk access mrsm or teknik, no ones help me. no ones help me to choose the right course for me to get in form 4 next year. Ayah dah tolong ambilkan no pin je. Entahlah pasal ni taknak cerita banyak. Kang kalau ada orang baca cakap mcm ayah tak tolong aku sangat. its my feeling. my life! 

Teringat dulu when i was 12, ibu helps me untuk pilih nak masuk mana. Bagi cadangan itu ini. She helps me a lot. Suka sangat masa tu, Rasa bahagia dia sampai sekarang aku boleh rasa. Ya Allah rindunya all the memories.

BUT NOW SHE IS NOT HERE --

so aku perlu terima hakikat, 
sebenarnya, lama pendam. almost everyday i ask Allah, why she was taken away too fast? Astaghfirullah. Ajal maut di tangan Tuhan. I know it but yaaa, im FIFTEEN ! i need mom, i need her, yes i need her so much :(

Ibu,
along rindu ibu.
rindu sangat sangat teramat sangat.
hari hari along mintak supaya dapat jumpa ibu dalam mimpi
tapi tak dapat pun ibu?
ibu tak rindu along ke? 
You know wht ibu?
I misssssss u so much!!!

Ibu,
tapikan haritu ibu datang :)
Bestnya.
Ibu datang, ibu bawa along baring atas sofa,
ibu peluk along.
erat --

Ya Allah,
bahagianya rasa,
walaupun dalam mimpi,
i just tell this story to ayah and ami
and they gave me good response,

Ibuuuuuuuuuuuuuuu!
kalau boleh ibu ada depan along,
i wanna hug you,
and tak lepas
NO!
takkan lepas,
along taknak hilang ibu for the second time,

tapi,
tu semua tak boleh.
Along sedar.

Ibu?
Terima kasih sbb teman along dalam exam,
along rasa ibu ada.
Along dapat jawab dengan tenang,
seriously!
Ibu doakan along kat atas tu eh?
Ibu doalah supaya along dapat straight A's
tau ibu tau?

Ya Allah rindunya.
Ibu take care kat sana tau?
Ibu kena tauuuu along rindu sangat kat ibu,
in every second.
yes.

Along nak jumpa ibu,
tapi still sabar,
jumpa ibu kat syurga.
InshaAllah.

Last,
Ibu, jangan risau.
Along boleh tempuh semua dugaan ni,

Dugaan kehilangan seorang ratu hati seawal usia 15 tahun. -Alfatihah-

Entah hape hape.

26 Oct 2014 @ Sunday, October 26, 2014 | 1 Comment [s]

Assalamualaikum

Hi! waving.

After been so long not visit my blog, so today I wanna write something. deeeeeeppppp from heart, get it?

Without bebel-ing time, just straight to the point, alaaa engko ni paham lah sikit, nak luah perasaan duhhh.

Lately ni aku selalu sangat pendam, penat lah pendam. Kalau nak meluah pun aduh aku dah lah jenis susah caya orang. Kalau aku caya sekalipun, lepas tu aku cerita lepas tuuuu hah kau kantoi semua cerita. Tu aku malas. Jadi aku pilih untuk pendam. 

Kadang, cara aku meluah tu dengan cakap nonsense. Whatever i want to talk then i talk. Kadang sedih jugak, dah lama kenal kan bila aku cakap tak paham pahammm yg sebenarnya aku tengah meluah. Kadang sedih jugak, yelah... dulu selalu jugak lah cerita kat ibu (bila ayah takda kat rumah ahaha) tapi sekarang aku nak cerita kt siapa? alahaii siapalah yang faham aku lagi ni. *tekan butang searching* 

EH banyak pulak kadangnya, tapi betul lah tu. betul lah kadang aku tu.

KADANG, bila aku susah takda yang datang willing to help. Aku tak heran pun kalau tak tolong ,  i mean like emm prihatin lah. alert dengan masalah kawan, kan kenal muka kawan kalau ada masalah. aduhai, kadang time aku moody kau pergi gelak sakan , time aku gelak sakan tu lah kau moody, aku tak mintak banyak, berlakon kau nak malayan pun takpa. Jagalah hati, jangan selfish. ppffftttt






ENTAHLAH NAK KADANG AKU FED UP HIDUP DENGAN KAWAN, TAPI BILA FIKIR BALIK KANG KALAU HIDUP SORANG-SORANG KAT SEKOLAH TU DAH MACAM APA PULA KAN... duhhh aku fed up!!!



Older Post
storyteller.


Entry Ashot Memory Link



Follow me !


The Credits!

Template by : Farisyaa Awayy
Basecode by : Nurynn
Full Edited : asyaa

Best View at GOOGLE CHROME!