//Forever Imperfect
12 . 12 . 12

12 Dec 2012 @ Wednesday, December 12, 2012 | 0 Comment [s]


Assalamualaikum

* comel tak baby ni ? hahaahh ! perasan kejap my befday 28.5 okay ! bak hadiah tahun depan ! *


Empat bayi bertuah yang lahir pada tarikh cantik hari ini, iaitu 12 Disember 2012 atau disebut 'bayi 121212' telah dilahirkan di tiga buah hospital kerajaan di sekitar Lembah Klang, sehingga pukul 2 pagi tadi.

Di Hospital Ampang, seorang bayi lelaki dilahirkan seorang wanita yang dikenali Rubiariana Abdullah, 30, pada pukul 12.40 pagi tadi, manakala di Hospital Putrajaya pula, seorang lagi bayi lelaki dilahirkan Masroslinda Mohamad Isa, 38, pada pukul 1.05 pagi.

Tinjauan di Hospital Serdang pula mendapati, sebanyak dua bayi dilahirkan sekitar jam 1 pagi tadi iaitu seorang bayi lelaki dan seorang lagi bayi yang tidak diketahui jantina telah dilahirkan menerusi pembedahan caesarean.

Di Hospital Kuala Lumpur pula, masih tiada 'bayi 121212' dilahirkan sekitar pukul 2 pagi tadi, tetapi menurut jururawat bertugas, sekurang-kurangnya enam wanita dijangka akan mendapat kelahiran istimewa tahun ini. Mereka sedang menerima rawatan dan menunggu tempoh untuk bersalin.

"Jumlah terbabit tidak termasuk ibu yang belum dimasukkan di hospital. Mungkin jumlahnya lebih ramai," kata jururawat terbabit.

Dalam pada itu, tinjauan di Hopital Pakar KPJ Ampang Puteri pula, sekurang-kurangnya empat wanita sedang menunggu pembedahan caesarean dan di Hospital Tung Sing, masih belum ada kelahiran 'bayi 121212' direkodkan.


Best nya kalau dapat tarikh lahir macam ni , DUA BELAS HARI BULAN DUA BELAS TAHUN DUA RIBU DUA BELAS ... cantik kan ? 121212 lawa je number tu ! lepas ni dah tak ada :(










Older Post | Newer Post
storyteller.


Entry Ashot Memory Link



Follow me !


The Credits!

Template by : Farisyaa Awayy
Basecode by : Nurynn
Full Edited : asyaa

Best View at GOOGLE CHROME!