//Forever Imperfect
Info menarik bagi perempuan :)

25 Dec 2012 @ Tuesday, December 25, 2012 | 0 Comment [s]

Assalamualaikum ! 

Hello :) Malam ni ada ' aura ' nak buat entry yang agak panjang dan agak ' menarik ' bagi kaum Hawa ^_^ Gembira tak ? gembira tak ? haha . Apa dia ? Yes , saya nak terangkan sedikit * ceywahh terangkan ,.. * beberapa fakta tentang Haid ... Let me tell you know ...

  1. Proses haid bermula dari umur 12 atau 13 tahun . Tetapi ada kalanya haid akan datang seawal umur 10 tahun dan selewat - lewatnya pada umur 16 tahun . - me ? haha ! 11 tahun XD
  2. Ketika kedatangan haid , perempuan kehilangan darah . Tempoh pembiakkan seorang perempuan dicirikan dengan perubahan ritma ( kitaran haid ) pada rembesan hormon yang diperlukan untuk pembikan .
  3. Panjang tempoh kitaran haid berbeza antara sesetengah wanita iaitu fasa antara 10 hari , 14 hari hingga 16 hari . - Kalau terlalu banyak darah yang keluar atau melebihi daripada 16 hari , sila pergi buat check-up . takut-takut kalau ada penyakit :')
  4. Jumlah purata darah dan tisu yang hilang sewaktu kedatangan haid ialah 70 mililiter .Jumlah keseluruhan cecair badan yang yang hilang ketika kedatangan haid ialah antara 60 hingga 200 mililiter. - banyak okay ! wahai lelaki tolong hargai ' seorang perempuan '


Okay . Itu sahaja yang dapat ku copykan . NAK TAHU FAKTA DENGAN LEBIH LANJUT ? CLIK HERE . Sometimes perempuan yg sedang mengalami haid ni , mesti ada je yang tak kena kan ? Cth : Sakit kepala , pengumpulan cecair , mudah meradang , keresahan , sakit tulang belakang ,kesakitan dan kekejangan pada abdomen serta tekanan perasaan . orite , semua masalah yg warna merah ni , saya always kena time period ,. tulang belakang , urgh ! memang sakit gila oi , badan rasa lemah je . Selalu nak marah - marah , tapi ada cara untuk elakkan kemarahan time period . Apa dia ? Let read this pula ...

* Lakukan senaman - kajian menunjukkan wanita yang kerap bersenam mengalami kurang tekanan dan ketidakselesaan haid. Mereka juga mempunyai tempoh haid yang lebih pendek dan pendarahan yang kurang ketika haid.

* Pemakanan sihat dan seimbang - pemakanan memainkan peranan penting dalam kesihatan haid dan hormon. Ketika haid, wanita kehilangan banyak air, darah, zat besi dan zat galian penting yang lain. Zat ini hendaklah diganti dengan mencukupi supaya badan wanita dapat mengekalkan keseimbangan fizikal dan mental.

* Tidur dan rehat yang mencukupi - ia penting bagi membantu proses pemulihan badan ketika haid.

* Ubat pencegahan kehamilan atau ubat hormon - digunakan sebagai rawatan serius untuk menyeimbangi hormon wanita. Ia juga digunakan untuk mengurangkan pendarahan ketika haid.

* Berjumpa doktor - sebarang masalah yang berpanjangan haruslah diperiksa doktor supaya mendapat rawatan yang betul.

Ada banyak cara kan ? Nak elakkan masalah ' mental ' ? Eh , bukan gila . Tapi kesakitan yang dialami semasa kedatangan haid . Eh terlupa ! Ada satu lagi masalah yang datang time period ni , what's the problem ? Ok , let me tell you that I love you * eh ajet ajet macam penyanyi , siapa tu ? lupa * okay2 , sambung balik ... ahaa sakit apa ? SENGGUGUT oww ! Tak 100% lah perempuan akan mengalami sakit ni , hanya beberapa sahaja , ikut hormon masing - masing :) Hermm , kalau marah time period ni ada cara untuk ' di elakkan ' , bagi senggugut pun ada juga ! Nak tahu ? yeah ... this !

PETUA LEGAKAN SENGGUGUT 
( banyak sumber telah saya dapati )

  1. Ambil 3 ulas bawang bawang merah , hiris halus - halus , Campurkan dalam segelas air panas / suam , dan minum air itu . - For me , ergh tak sanggup :( cari alternatif lain .
  2. Amalkan minum air halia selama sebulan dan dua kali sehari - boleh dipertimbangkan .
  3. Minum air bergas seperti coke / sarsi .. - Tapi yang ni tak pasti kesahihannya , sebab lain orang lain ragamnya , kang tak pasal - pasal makin sakit perut :O
  4. Urut atau tuam perut dengan dengan kain / air dalam botol - Kalau malas sangat , pi amek seterika je . Tapi kalau jadi apa" jangan marah ow ! hehe !
p/s : semua cara ni akan berkesan dengan izin Allah :) Selamat mencuba !








Older Post | Newer Post
storyteller.


Entry Ashot Memory Link



Follow me !


The Credits!

Template by : Farisyaa Awayy
Basecode by : Nurynn
Full Edited : asyaa

Best View at GOOGLE CHROME!