//Forever Imperfect
Welcome back to School !

5 Jan 2013 @ Saturday, January 05, 2013 | 0 Comment [s]


Assalamualaikum !

Hello reader :) Macam dah lama sangat tak jenguk blog ni , padahal baru berapa hari . Yelah kan , ayah bagi online time weekend je . So dia pergi cabut moderm strymyx kat depan tu . Huh , sabar je lah . Tapi ada faedahnya jugak , kalau ada lah line kat dalam rumah ni , confirm aku tak siapkan homework yang menimbun tu . 
Homework yang menimbun !? 

Yes ! Baru first week , eh tak sampai 1 week pun , homework banyak whooo ! Cikgunya jenis macam ni ...

" okey , buat m/s ni , esok saya nak .. kalau awak nak rasa jadi orang pertama kena denda , tak payah lah buat " - contoh .

Haaa ! macam tu lah , so aku kelam kabut ah siapkan kerja ni kerja tu . Buatnya kalau satu hari tu , semua cikgu suruh buat benda yang sama , ' hantar esok ' fuhh takk ke patah tangan aku . Kan best kalau boleh buat kerja guna komputer / laptop . Ok berangan je .

Orait , seperti mana yang kauorang tahu , aku dah naik form 2 :) Form 2 okay ? bukan 4 / 5  . Huhh , punyalah aku bangga yang aku dah for 2 , sampai kawan mama tanya mama " anak kau form berapa ? " aku yang jawab " form 2 ! " hahaha . 

Erm tahun ni kan , aku tengok minggu orientasi pelajar tingkatan 1 macam best je , macam happening gila je , ada explorace lah itu lah ini lah . Jealous je aku tengok , tak macam tahun lepas ! Bosan gila ah ! Sakit je hati oi tengok diorang lari sana , lari sini . Pergh serious aku cakap , MACAM best . Haha , macam je , tapi tak tahu lah diaorang kan ?

Cikgu cakap , form 1 this year ramai sangat . Memang lah cikgu , masa sekolah rendah , standard 6 je dah ada 3 kelas , belum campur sekolah lagi satu , belum campur budak" baru , mana tak nya ramai . Hurm , tahun ni 2 Ibnu Baitar sebelah kelas 1 Ibnu Baitar .

Eh dah tukar nama ? Amanah turn to Ibnu Baitar ? YES ! Memang semua dah bertukar ! Guru kelas , cikgu math , cikgu bm , cikgu sejarah , cikgu geo , cikgu pj  dengan cikgu agama . Nak share sikit nama kelas ...

First : Ibnu Baitar .
Second : Ibnu Khaldun .
Third : Ibnu Rusyd .
Fourth : Ibnu Sina .

Ok fine -_- dah up sikit , dah jadi ke'agama'an . It's okay lah , tapi tang nama rumah sukan tu yang macam tak best , pun ditukar , apa - apa lah cikgu :) Asal cikgu happy #Eh ? haha . Orait , stop sampai di sini sahaja , next time update lagi :) Bye ! Assalamualaikum , Illa'liqa :)




Older Post | Newer Post
storyteller.


Entry Ashot Memory Link



Follow me !


The Credits!

Template by : Farisyaa Awayy
Basecode by : Nurynn
Full Edited : asyaa

Best View at GOOGLE CHROME!