//Forever Imperfect
Apa yang special sangat ni ?

30 Jun 2013 @ Sunday, June 30, 2013 | 1 Comment [s]

Assalamualaikum 

Hello bloggerians . Eh ?

Mood harini memang nak ngadap blog tersayang je * please hargai diriku ini ye wahai blog ? *
Okay , apa yang special sangat ni haa ? Marah ni marah !

Haha . hm actually rasa nak update pasal nama . Nama ? Nama siapa ? Nama dalam family aku lah ..
Before that , let me tell you nama yang ada dalam family bahagia ni with some picture aww ...


Yeaa , aku suka gambar ni . I love them :') 


K aku rasa comel gila time ni --" Haha ..

My dad : Zamzure Yusup
My mom : Noridayu Alimin
Me : Zamnuraisyah Zamzure
My sistaa : Nur Afina Zamzure
My brothaa : Arif Nazren Zamzure

Kenapa tetiba update pasal nama ? Eh sukahati lah . 
Hm , when I'm in standard 1 , 2 and 3 , aku study kat SKAT4 . Then , when ayah naik pangkat , aku kena pindah sekolah . Masa kat sekolah lama tu , semua panggil aku Aisyah . Tapi bila aku pindah sekolah baru , and sampai sekarang . Semua panggil aku Zam . Alasan diorang ? Sebab dalam kelas tu , ramai sangat nama aisyah . Eh sukati je main tukar tukar nama aku . Haha okay , gurau XD

Mula - mula rasa kekok jugak . Bila kawan-kawan panggil aku zam , aku tak toleh pun sebab aku dah biasa dengan nama Aisyah . Pernah satu hari tu , aku nangis sebab ada budak dok ngejek " zam zam alakazam " Haha , wait ! Time tu kecik lagi okayyyy . Then balik ngadu + marah parents , kenapa bagi nama zam tu . Kenapa tak Puteri ke ? Wekk --"

Ramai jugak orang tanya , kenapa anak first je letak " zam " kenapa yang lain tak letak jugak , like " Zamnurafina " ke .. K , kat sini aku story . Hm duduk situ diam diam . Pasang telinga tau ? Goodboy/girl :)

Flashback .........................

Jumaat , 28 May 199 , 8.39 p.m.

" Uweekkk uweekkkkkk " 
Alhamdulillah , lahirnya seorang bayi perempuan yang cukup sifat ke dunia ini dengan berat 3kg . Dilahirkan secara normal di Hospital Kota Tinggi . Disambut oleh seorang doktor perempuan dan telah diazankan oleh bapanya sendiri :) 

**********************

Hm , parents cerita balik . mana dapat nama " Zamnuraisyah " tu . Mana cetusnya idea nak letak nama yang agak pelik bagi seorang perempuan tu . Lepas aku lahir , semua berebut nak letak nama aku . Biasalah , cucu pertama kan ? Cucu kesayangan gituh :b Mak kepada ayah , arwah nyayie nak letak nama aku Aisyah , tapi mak kepada my mom pulak nak letak nama Umairah . Ibu dengan ayah macam pening jugak lah nak letak nama aku . Time tu kalau nak adil , nama aku yang sekarang bukanlah Zamnuraisyah , tapi Aisyah Umairah . 

But , ibu taknak dua nama . She just want one name for me . So my dad pun letak lah nama Aisyah . Ibu rasa kesian kat aku , sebab pendek sangat nama tu . Ibu bincang dengan ayah , nak gabungkan nama . Amik sikit nama ayah and amik sikit nama ibu . ZAMzure + NORidayu = ZAMNURAISYAH ( Tukar " nur " tu , cantik sikit . Heheh ) Kat muar , semua panggil aku Aisyah . Tapi kat air tawar 4 , tok mak sorang je panggil aku Umairah . Because our Prophet's wife name Aisyah and he called her " Umairah " :') 

Then after several year , dapatlah adik baru . Tapi takada nama " Zam " kat depan . Sebab apa ? Sebab bila ayah dengan ibu fikir balik , nanti kalau dah masuk University , time graduation orang yang nama mula dengan huruf Z ni mesti beratur belakangggggggg sekali . So dah takda lah nama " zam " tu , jadi lah Nur Afina . Then , lepas beberapa tahun lagi , dapat lagi adik baru . Hah kawww , depan nama dia huruf 'A' . So kalau beratur nanti , confirm lah duduk depannnnnnnnn sekali :) 

The conclusion is , aku rasa bangga dengan nama aku ni , iloveyou Mom Dad :*

Okay dah terjawab kan soalan cepumas gangsa perak emas berlian tu ? Hah , terima kasih kerana membaca :) 





Older Post | Newer Post
storyteller.


Entry Ashot Memory Link



Follow me !


The Credits!

Template by : Farisyaa Awayy
Basecode by : Nurynn
Full Edited : asyaa

Best View at GOOGLE CHROME!