Cinta .
15 Oct 2013 @ Tuesday, October 15, 2013 | 0 Comment [s]
Assalamualaikum .
CINTA ?
" Apa sifat cinta ? "
Cinta itu suci , mahal dan tinggi tarafnya . Sifat cinta itu sempurna . Jika tidak , cinta akan cacat. Itulah cinta sebenar cinta .
" Sejak bila cinta itu wujud dalam diri kita ? "
Rasa cinta sedia wujud di dalam jiwa manusia sejak manusia itu lahir ke dunia. Cuma manusia akan melalui tahap-tahap kelahiran cinta bermula dari cinta kepada belaian ibu, membawa kepada cinta kepada kekasih dan akhirnya setelah puas mencari cinta suci, maka akan cinta kepada Tuhan Wujudnya cinta itu tidak dapat dilihat tapi dapat dirasa dan cinta sebenar cinta itu suci murni serta putih bersih." Bilakah perasaan cinta itu timbul ? " Bila sampai masanya di setiap tahap-tahap cinta, maka Tuhan menjadikan manusia itu bersedia menerima cinta itu. Pada mulanya jiwa itu bersedia menerima cinta, lantas sedia pula untuk berkongsi rasa kewujudan dengan dikasihi. Sedia untuk mengikat setia serta saling memahami. Setia untuk dipertanggungjawapkan kerana cinta. Sedia untuk menyerah diri pada yang dicintai." Adakah cinta itu indah ? " Walaupun kewujudan cinta tidak bisa dilihat, tetapi cinta itu indah dan cantik. Cantiknya itu tulin dan tidak ia bertopeng. Bukan saja ia cantik malah suci murni, bercahaya gemerlap dan putih bersih." Perlukah mengharapkan balasan cinta ? " Ya , cinta itu mengharapkan balasan . Cinta antara manusia itu berkehendak kepada jodoh atau pasangan, dari diri yang punya persamaan, dari diri yang asalnya satu. Bila dapat yang dicari, bermakna cinta itu menganggap telah bertemu yang paling sesuai dan secocok dengan jiwanya, untuk bersatu kembali. Kehendak itu timbal balik sifatnya kerana manusia dalam bercinta tidak hanya menerima tapi juga menerima.
" Adakah cinta itu menakluki ? "
" Adakah kita tahu perasaan cinta telah hadir dalam diri kita ? " " Adakah perasaan cinta itu hidup ? " " Cinta itu suci " Sebagaimana yang banyak dikatakan orang, cinta itu suci. Sucinya cinta bukan bermakna ia tidak mengharap balasan. Cinta mengharap balasan cinta. Sucinya cinta bermakna ia tidak bernoda dan tidak pula berdosa Itulah sifat asal cinta, ia suci bagaikan anak yang baru lahir. Mereka yang kenal erti cinta akan cuba mengekalkan cinta itu sesuci mungkin. Mengekalkan cinta suci bermakna menjauhkan ia dari godaan nafsu yang tidak ada batasan. Kerana nafsulah cinta suci jadi bernoda dan berdosa." Cinta itu mempersona " " Apakah itu bukti cinta ? " Cinta perlukan bukti. Ramai orang percaya bahawa bukti cinta itu ialah mengorbankan atau menyerahkan apa saja yang kekasih anda mahu. Mereka percaya jika itu tidak berlaku, maka cinta itu tidak tinggi nilainya. Sebenarnya anggapan itu tidak tepat. Jika anda beri semua yang dia mahu,apakah yang tinggal pada anda? Benarkah dia cinta pada anda bila dia mahukan pengorbanan anda? Siapa yang kenal aku , Mesti akan gelakkan aku atau memperlekehkan aku , Sebab aku masih setahun jagung , dah buat entry pasal cinta . Tapi ini hanya sekadar perkongsian . Apa salahnya ? Tidak berdosa dan tidak perlu cerita belakang pasal blog aku :) Thanks for reading ! |
storyteller. Follow me ! The Credits! |