//Forever Imperfect
Ibu.

13 Jan 2014 @ Monday, January 13, 2014 | 1 Comment [s]

Assalamualaikum.


Ibu,
Engkaulah satu-satunya 
dalam hidup aku,
Tiada sesiapa boleh gantikan dirimu 
Wahai ibuku.

Ibu,
Bertahanlah dengan dugaan
yang diberikan,
Aku tahu engkau kuat,
Wahai ibuku.

Ibu,
Akukan selalu sentiasa
berada disisimu.
Ayah dan juga adik.
Kerana kami amat menyayangimu,
Wahai ibuku.


Jatuh air mata aku depan mereka.
Jatuh semangat aku depan mereka.
Jatuh kekuatan aku depan mereka.

Aku yang selalu ketawa.
Aku yang selalu bergurau.
Aku yang selalu gembira.

Ternyata itu hanya luaran sahaja.
Dalaman , siapa sahaja yang tahu.
Melainkan Allah.

Selalu aku sembunyikan perasaan sedih aku,
Kecewa dan sebagainya,
kerana aku tidak mahu mereka
melihat aku lemah
aku hanya mahu jadi seperti orang lain
yang kuat dengan ujian-Nya






Ibu ? kenapa ibu tak bagitau along yang ibu nak operation ? Ayah pun sama ? Kenapa ? Along dapat tahu khabar yang ibu nak operation pun dari cikgu . Kenapa bukan dari ayah ibu sendiri ? Kenapa ? Sampai hati ayah ibu .

Along dah lama tak jumpa ayah ibu . Jumpa pun haritu je sehari , itu pun tak sampai setengah hari , tak sampai satu jam . Ibu suruh along dengan adik-adik balik . Along tengok ibu penat aje , along pun dengar je lah kata ibu walaupun rindu di hati masih belum terubat. 








Ibu ? cepatlah baik ? 
Ibu kan kuat.
Betul kan ibu?
Along rindu ibu sangat - sangat.
Dududklah rumah .
Along janji along akan jaga ibu sebaik mungkin.
sebab Along sayang ibu
yang teramat sangat.

Ibu? Along banyak kerja rumah,
Along banyak masalah,
senang cerita along stress lah ibu.

Tapi along taktahu nak cerita dekat siapa,
dekat kawan? 
tak diaorang takkan faham along macam mana ibu faham along.
dekat cikgu?
tak diaorang takkan faham along macam mana ibu faham along.
dekat keluarga lain?
tak diaorang takkan faham along macam mana ibu faham along.

Hanya ibu seorang saja yang faham along.
Ya, tak dinafikan lagi.
Along takda tempat nak mengadu.
bila ibu dekat hospital,
along cuma tahu nangis malam-malam saja.
Along malu nak cerita kat diaorang semua .
Malu.

Ibu? Along minta ibu kuatkan semangat.
Kuatkan hati ibu,
Along nak ibu tau .
Ayah sayang ibu,
Along sayang ibu,
Adik-adik semua sayang ibu,
jadi,
ibu hanya perlu bertahan dengan ujian yang Allah beri.
Tabahkan hati,
Kami akan sentiasa berada di sisi ibu .

Sayang ibu buat selamanya.

Peluk cium ibu dari jauh,
Along.




Older Post | Newer Post
storyteller.


Entry Ashot Memory Link



Follow me !


The Credits!

Template by : Farisyaa Awayy
Basecode by : Nurynn
Full Edited : asyaa

Best View at GOOGLE CHROME!