//Forever Imperfect
Flashback.

23 Aug 2014 @ Saturday, August 23, 2014 | 0 Comment [s]

Assalamualaikum.

Hai everyone *waving*
Lama dah tak update blog kan . well actually i'm so busy with pt3 and bcs of that I dont have time to update this blog . So today , I wanna story something , deep from heart , sigh

Last two weeks kalau tak silap , ada penceramah datang . Dia datang nak 'basuh' student yang akan ambil exam this year . setiap tahun macam ni lah , biasanya ada orang datang bagi ceramah untuk bagi student 'bangun dari mimpi --

The story begin like this -- normally kalau ada ceramah je at the end mesti ada scene keluar air mata , yelaaa scene ni bila penceramah tu on mood sedih pasal family . Jap , sebelum tu nak cerita emmm penceramah tu kenalkan diri dia dari dia kecik sampai besar . Seriously he's a humble person . He started his dakwah since he was 12 years old kalau tak silap laaa , aku kagum! Then ada satu perkara yang buat aku macam "eh aku sama macam dia lah" when dia cerita yang sebenarnya dia dah takda tempat paling seronok untuk bermanja -- ibu . Same goes to me . Dia study oversea then dia cerita yg dia sedih macam ni --

" Aku paling sedih bila dengar kawan-kawan balik lepastu tanya ; mak masak apa harini? Aku sedih sangat sebab aku takda mak , takda orang yang akan masak untuk aku bila aku balik "

Masa ni , aku terus cakap dalam hati ; "kalau aku cerita pasal ibu, pasal aku rindu ibu, pasal aku sayang ibu mesti abg ni faham" yelah kan sbb apa yang dia cakap masa dia ceramah tu sebijik dengan apa yang aku rasa . Masa ni hati mula sayu tapi aku buat dek je taknak tunjuk yang aku sedih . Okay back to the story , masa akhir ada scene nangis tu kan , abg tu cerita lah pasal ibu macam itu macam ini , student lain dah start nangis tapi aku diam .. diam .. pandang langit .. pandang luar lah senang kata --

Someone is looking at me -- aku tau dia mesti rasa yang aku akan sedih . Ye aku memang sedih gila tahap apa aku tak tau lah kan , orang lain sedih-sedih pun balik diorang still boleh tengok muka mak diaorang , boleh tanya "mak masak apa harini?" tapi aku? nangis buat apa , nak menyesal apa lagi kalau ibu dah takda? Jadi aku diam . Aku diam ada sebab . Aku takkan pernah nangis lagi lepas ibu pergi , takkan nangis atas sebab lain . Tak , takkan! Aku cuma akan nangis bila aku rindu ibu , aku luah dengan menangis tanpa orang tau . Ye , takda siapa tau .

Habis je abang tu cerita , diaorang pun stop nangis . Abang tu balik je , diaorang lupa apa abang tu cakap . Well -- that's the reality . Bukan semua ye aku cakap , sesetengah tapi realitinya lebih dari sesetengah . Hmm ... Rindunya kat ibu --



Okay , tu cerita haritu . Ni cerita malam tadi , emmmmmmmmmmmmmm macam mana nak cerita tapi mula dia macam ni lah tak kurang tak lebih .

Aku ada kawan baik -- lelaki . Selalu sangat cerita pasal umi and I was so happy to hear yang dia rapat dgn umi dia lah kan . Well, bukan takda lelaki yang rapat dengan mak masing2 tapi kau pernah jumpa ke yang macam ni ? kalau ada pun 50% macam tu laa . yelaa bila dah besar kan , rasa ada makwe tu penting tapi yang ni emm balance -- 

Aku jumpa umi dia haritu hm macam sayu jugak lah hati ni kan , dalam erti kata lain cemburu . Bukan cemburu apa laa tapi tengok umi dia ada laa yang sebijik macam ibu . Seriously! Okay then , malam tadi ada rumah terbuka (yassin hijrah) so then umi dia datang dengan akak and ayah dia . Muka kemmain garang , samalah macam ibu , muka garang haha . uish rindu ibu . okay lepastu , akak dia macam tumpang bahu umi seems like she is cuddling with umi . I was so touched . sbb dulu aku ada buat jugak kat ibu tapi ibu kata "ngade2 laa depan orang nak macam ni" hmmmmm kalau aku tau dulu yang ibu akan pergi secepat ni , aku peduli apa peluk je la depan orang ke belakang orang ke .  tapi semua dah terlambat ..

Masa ibu sakit , aku nak peluk tapi sebab ibu terlalu kurus then aku kesian lah . takut ibu sakit badan kan . aku baru letak tangan atas tangan dia dah kata sakit , padahal tak lama pun . boleh bayangkan kurus tu macam mana ? okay tak dapat bayang kan ? haaa kurus ibu tu macam ni , kau duduk atas toilet duduk tu then punggung kau muat kat tempat tuu -- okay dah dapat bayang ? ibu kurus mendadak . how sad .

Aku still ingat masa aku nak dukung ibu tapi ibu tak bagi , bukannya aku tak kuat tapi ibu takut . haihh kalau aku tau ibu nak pergi cepat dah lama aku dukung je , peduli laaa ibu takut ke tak .. tapi nak menyesal apa lagi , ibu dah takda -- 

Aku bersyukur sempat jaga ibu buat kali terakhir . Mandikan dia . Pakaikan baju dia . Letak bedak kat muka . Sikatkan rambut ibu -- Macam apa yang ibu buat kat aku masa aku kecil . Aku rasa aku anak paling untung kat dunia ni sebab aku boleh tengok ibu dari aku celik kat dunia sampai ibu hembus nafas terakhir . Aku tatap muka ibu masa ibu nazak . Aku bisikkan kalimah agung kat telinga ibu . Aku suapkan ibu air . Aku sempat tengok ibu hembuskan nafas terakhirnya dari adik-adik aku yang lain . Ya Allah terima kasih aku bersyukur sangat :') berbanding ayah aku yang tak ada kat sisi nyaie bila dia pergi . Cuma atuk je yang dapat tatap mata nyaie yg celik buat kali terakhir . Ya , dari situ aku boleh redha . dengan hati yang sangat tenang .

Ramai yang rasa 'kagum' tengok aku boleh tahan kesedihan tu . Mula-mula aku tak boleh terima hakikat yang ibu takada . Aku takada motivator yang tenangkan aku . yang bagi aku kata semangat . Aku dah biasa pujuk diri sendiri . Hari ke-3 ibu tinggalkan aku . Aku mula berfikir . Sampai bila aku nak sedih macam ni ? Nangis air mata darah sekalipun , ibu takkan datang balik lah . Kau akan jumpa ibu dekat 'sana' nanti yang kau tak pernah tahu bila . Aku mula muhasabah diri . Pujuk --

Hari makin hari aku dapat move on macam biasa cuma bila aku nampak student balik sekolah , mak diaorang ambil then aku rasa macam "hmm apa nasib aku" . Lepastu , bila kawan cerita mak diaorang masak apa waktu buka puasa , aku tumpang gembira laa :) Aku cemburu kadang-kadang ye laa mana ada orang cerita pasal ayah? ada ke? takda pun. tu yang kalau aku cerita pasal ayah diaorang buat dek je , tak rasa kagum . Ibu ni satu perkara yang bila orang lain cerita , kau akan rasa "wahh hebatnya mak kau!"

Apapun -- ibu tetap ratu dalam hati along , Al-Fatihah ...
040173 - 250114


Older Post | Newer Post
storyteller.


Entry Ashot Memory Link



Follow me !


The Credits!

Template by : Farisyaa Awayy
Basecode by : Nurynn
Full Edited : asyaa

Best View at GOOGLE CHROME!