//Forever Imperfect
Campur.

23 Feb 2015 @ Monday, February 23, 2015 | 0 Comment [s]

Assalamualaikum,

Hi everyone! After been so long not update my blog so today 23 February 2015 im gonna write something. It might be a sad entry to share. (( for me ))

I am so busy with the tons of homework. Naik form 4 ni dia punya situasi lain sangat dengan menengah rendah which is bila form 1/2/3 still boleh enjoy. Doing all the homeworks at eleventh hour. But now, kau buat last minute memang urgh kill yourself lah. I told ya like this bukan aku buat kerja last minute but ya just saying. Mungkin kalau aku cerita kat orang, they will said "this is student life, normal lah homework tu banyak, nak pandai jangan banyak cakap, jangan banyak complain" haa it is not maybe tapi mesti diaorang akan cakap macam tu.

ahhhhhh im human. semuaorang mesti ada rasa penat letih stress and list goes on. Ada ke orang yang suka school life. ADA tapi yelah, biasanya orang yang dah kerja. They will say something like this " dek, school life lah yang paling best. Buat homeworks tu benda semut je bila adik masuk U nanti. So school life tu manfaatkan betul2. Orang yang banyak complain ni dia takkan berjaya "

Kenapa aku rasa bosan sangat or always fed up? sebab aku takda orang yang boleh dengar story aku. How my school life is and everything lah. Masalah aku. Bila aku happy. and semuaaa lah. Bukannya takda kawan, kawan tu ada, tapi kawan tu setakat jumpa kat sekolah. Kat sekolah takkan nak cerita pok pek sana ni. Sekolah is the place where you have to study study and study (( urgh boring )) Ye aku ada family lain, my aunts my cousins, but still aaahhhh I need my mom! I need ibu. Yes Ibu, i need you so much. You're the only one yang boleh faham. and bila aku cerita tu rasa puas. Rasa beban kat bahu ni memang jatuh besepah lah.

Semua anak yang cerita pasal life or whatelse kat their mom, mesti akan rasa puas. it is naturally. Kuasa Allah. MashaAllah. Bila cerita then tengok mata ibu tu, rasa tenang sangat sangat. When someone said " just tell me or share with me if you hv something to share but you cant find someone who can hear you and keep it secret " i will said, inshaAllah. But the truth is, I can't. I'm no believe others. Only mom, Mana ada ibu yang nak pecah rahsia anak kat kawan dia or sape2 lah? Betul kan? yaa that's why aku just percaya ibu. But now she left me. Oh Allah, tolong sampaikan salam rindu aku pada ibu...

I have lots of friend. Perempuan, urgh memang ramai. Tapi nak cari yang boleh betul2 percaya tu susahnya ya Allah. semua orang mesti rasa situasi ni. Why aku suka kawan dengan lelaki? sebab as we know lelaki bukan kepoci. (( NOT ALL BOYS LAH KAN )) entah, ni kalau aku cakap kat sape2 yang aku memang suka kawan lelaki, some of them will said " eii gatal, kau kawan lah dengan perempuan bukan masanya lagi untuk kau cari lelaki yg boleh faham kau " but it is me. situasi kau tak sama dengan situasi aku. Tau lah aku nak cari yang boleh aku percaya.

So i choose someone yg aku percaya. and I got that person. ((gys for short))

entahlah, aku rasa gys ni boleh faham aku. Dia boleh buat aku gelak masa aku tgh nangis rindu ibu. seriously. ((ahh jangan meluat pls, meluat jgn baca aaaa)) the one who have a sweet smile. memang sangat simple, and gurau lah macam mana pun, dia boleh layan even kadang2 im too much annoying. orang2 tua mesti akan cakap "jangan beriye sangat bercinta waktu sekolah, pelajaran tu penting" no aku tak bercinta, but yaaa i feel something when im with him, i mean with him tu macam cerita lah apa yang aku pendam sorang2 lepas ibu pergi. ahh nanti ada orang cakap "ayah kan ada, cerita lah dengan ayah" wehh, kau cuba cerita kat ayah kau pasal lelaki, kauuuu cuba! kau cuba luah perasaan kat ayah, not every father will give a good response. Bukan aku nak cakap ayah aku tak bagi respon, he is a kind man. memang sangat baiik. and aku bersyukur ada ayah yang pemurah macam ayah, yang bagi apa saja aku minta. Alhamdulillah.

Okay back to the story. Dah nama pun remaja. Tipulah kalau orang orang tua tak pernah crush on someone masa sekolah duluuu. tipu sangat tipu. Cuma  bezanya ada yang declare ada yang tak. itu je. Kalau ada kawan perempuan memang 24h boleh layan ikut kepala haa kalau macam tu yes aku takkan cari lelaki. seriously. As long as aku tak buat benda yg tak elok, so yes i will be his friend ((and i hope it will be a long lasting friendship))

Macam mana boleh rapat dengan gys.
First dia punya situasi lebih kurang dengan aku. pasal kawan cuma yang beza he still ada umi. and lagi best ada akak abang and paling best best he is the last! warghhh aku sulung!
Sec dia memang bagi good respon, kalau ws tu tak berperenggan memang tak sah.
Third he is an athlete. memang boleh faham lah kalau aku kata aku sakit kaki sbb tak buat stretching betul2. Cuba kalau aku cerita dengan bukan atlet warghh gila punya cerita balik2 respon " gi urut lah " bosan sangat bosan
Fourth takkan nak senaraikan semuaaaa haa malas.

Gys masuk asrama. Umairah masuk asrama. Emalin masuk asrama. Okay I'm lost!

life is hard

4 Nov 2014 @ Tuesday, November 04, 2014 | 2 Comment [s]

assalamualaikum

so life is hard, isn't it?
why i always said that life is hard?
yea actually aku cakap macam ni since ibu left me.
Today, almost 10 months she left me.
How i miss u so much ibu hmmm

Teringat lagi dulu, masa exam ibu teman sampai lewat malam untuk aku study. She always stay by my side trough ups and downs. Awal tahun 2014 dah plan kalau ibu baik, nak ajak ibu take the fresh air kat island. Well, its my dream nak pergi island dengan ibu. Again after duluuuu pergi langkawi. But now she was gone. 

So tadi, masa isi form untuk access mrsm or teknik, no ones help me. no ones help me to choose the right course for me to get in form 4 next year. Ayah dah tolong ambilkan no pin je. Entahlah pasal ni taknak cerita banyak. Kang kalau ada orang baca cakap mcm ayah tak tolong aku sangat. its my feeling. my life! 

Teringat dulu when i was 12, ibu helps me untuk pilih nak masuk mana. Bagi cadangan itu ini. She helps me a lot. Suka sangat masa tu, Rasa bahagia dia sampai sekarang aku boleh rasa. Ya Allah rindunya all the memories.

BUT NOW SHE IS NOT HERE --

so aku perlu terima hakikat, 
sebenarnya, lama pendam. almost everyday i ask Allah, why she was taken away too fast? Astaghfirullah. Ajal maut di tangan Tuhan. I know it but yaaa, im FIFTEEN ! i need mom, i need her, yes i need her so much :(

Ibu,
along rindu ibu.
rindu sangat sangat teramat sangat.
hari hari along mintak supaya dapat jumpa ibu dalam mimpi
tapi tak dapat pun ibu?
ibu tak rindu along ke? 
You know wht ibu?
I misssssss u so much!!!

Ibu,
tapikan haritu ibu datang :)
Bestnya.
Ibu datang, ibu bawa along baring atas sofa,
ibu peluk along.
erat --

Ya Allah,
bahagianya rasa,
walaupun dalam mimpi,
i just tell this story to ayah and ami
and they gave me good response,

Ibuuuuuuuuuuuuuuu!
kalau boleh ibu ada depan along,
i wanna hug you,
and tak lepas
NO!
takkan lepas,
along taknak hilang ibu for the second time,

tapi,
tu semua tak boleh.
Along sedar.

Ibu?
Terima kasih sbb teman along dalam exam,
along rasa ibu ada.
Along dapat jawab dengan tenang,
seriously!
Ibu doakan along kat atas tu eh?
Ibu doalah supaya along dapat straight A's
tau ibu tau?

Ya Allah rindunya.
Ibu take care kat sana tau?
Ibu kena tauuuu along rindu sangat kat ibu,
in every second.
yes.

Along nak jumpa ibu,
tapi still sabar,
jumpa ibu kat syurga.
InshaAllah.

Last,
Ibu, jangan risau.
Along boleh tempuh semua dugaan ni,

Dugaan kehilangan seorang ratu hati seawal usia 15 tahun. -Alfatihah-

Entah hape hape.

26 Oct 2014 @ Sunday, October 26, 2014 | 1 Comment [s]

Assalamualaikum

Hi! waving.

After been so long not visit my blog, so today I wanna write something. deeeeeeppppp from heart, get it?

Without bebel-ing time, just straight to the point, alaaa engko ni paham lah sikit, nak luah perasaan duhhh.

Lately ni aku selalu sangat pendam, penat lah pendam. Kalau nak meluah pun aduh aku dah lah jenis susah caya orang. Kalau aku caya sekalipun, lepas tu aku cerita lepas tuuuu hah kau kantoi semua cerita. Tu aku malas. Jadi aku pilih untuk pendam. 

Kadang, cara aku meluah tu dengan cakap nonsense. Whatever i want to talk then i talk. Kadang sedih jugak, dah lama kenal kan bila aku cakap tak paham pahammm yg sebenarnya aku tengah meluah. Kadang sedih jugak, yelah... dulu selalu jugak lah cerita kat ibu (bila ayah takda kat rumah ahaha) tapi sekarang aku nak cerita kt siapa? alahaii siapalah yang faham aku lagi ni. *tekan butang searching* 

EH banyak pulak kadangnya, tapi betul lah tu. betul lah kadang aku tu.

KADANG, bila aku susah takda yang datang willing to help. Aku tak heran pun kalau tak tolong ,  i mean like emm prihatin lah. alert dengan masalah kawan, kan kenal muka kawan kalau ada masalah. aduhai, kadang time aku moody kau pergi gelak sakan , time aku gelak sakan tu lah kau moody, aku tak mintak banyak, berlakon kau nak malayan pun takpa. Jagalah hati, jangan selfish. ppffftttt






ENTAHLAH NAK KADANG AKU FED UP HIDUP DENGAN KAWAN, TAPI BILA FIKIR BALIK KANG KALAU HIDUP SORANG-SORANG KAT SEKOLAH TU DAH MACAM APA PULA KAN... duhhh aku fed up!!!


Flashback.

23 Aug 2014 @ Saturday, August 23, 2014 | 0 Comment [s]

Assalamualaikum.

Hai everyone *waving*
Lama dah tak update blog kan . well actually i'm so busy with pt3 and bcs of that I dont have time to update this blog . So today , I wanna story something , deep from heart , sigh

Last two weeks kalau tak silap , ada penceramah datang . Dia datang nak 'basuh' student yang akan ambil exam this year . setiap tahun macam ni lah , biasanya ada orang datang bagi ceramah untuk bagi student 'bangun dari mimpi --

The story begin like this -- normally kalau ada ceramah je at the end mesti ada scene keluar air mata , yelaaa scene ni bila penceramah tu on mood sedih pasal family . Jap , sebelum tu nak cerita emmm penceramah tu kenalkan diri dia dari dia kecik sampai besar . Seriously he's a humble person . He started his dakwah since he was 12 years old kalau tak silap laaa , aku kagum! Then ada satu perkara yang buat aku macam "eh aku sama macam dia lah" when dia cerita yang sebenarnya dia dah takda tempat paling seronok untuk bermanja -- ibu . Same goes to me . Dia study oversea then dia cerita yg dia sedih macam ni --

" Aku paling sedih bila dengar kawan-kawan balik lepastu tanya ; mak masak apa harini? Aku sedih sangat sebab aku takda mak , takda orang yang akan masak untuk aku bila aku balik "

Masa ni , aku terus cakap dalam hati ; "kalau aku cerita pasal ibu, pasal aku rindu ibu, pasal aku sayang ibu mesti abg ni faham" yelah kan sbb apa yang dia cakap masa dia ceramah tu sebijik dengan apa yang aku rasa . Masa ni hati mula sayu tapi aku buat dek je taknak tunjuk yang aku sedih . Okay back to the story , masa akhir ada scene nangis tu kan , abg tu cerita lah pasal ibu macam itu macam ini , student lain dah start nangis tapi aku diam .. diam .. pandang langit .. pandang luar lah senang kata --

Someone is looking at me -- aku tau dia mesti rasa yang aku akan sedih . Ye aku memang sedih gila tahap apa aku tak tau lah kan , orang lain sedih-sedih pun balik diorang still boleh tengok muka mak diaorang , boleh tanya "mak masak apa harini?" tapi aku? nangis buat apa , nak menyesal apa lagi kalau ibu dah takda? Jadi aku diam . Aku diam ada sebab . Aku takkan pernah nangis lagi lepas ibu pergi , takkan nangis atas sebab lain . Tak , takkan! Aku cuma akan nangis bila aku rindu ibu , aku luah dengan menangis tanpa orang tau . Ye , takda siapa tau .

Habis je abang tu cerita , diaorang pun stop nangis . Abang tu balik je , diaorang lupa apa abang tu cakap . Well -- that's the reality . Bukan semua ye aku cakap , sesetengah tapi realitinya lebih dari sesetengah . Hmm ... Rindunya kat ibu --



Okay , tu cerita haritu . Ni cerita malam tadi , emmmmmmmmmmmmmm macam mana nak cerita tapi mula dia macam ni lah tak kurang tak lebih .

Aku ada kawan baik -- lelaki . Selalu sangat cerita pasal umi and I was so happy to hear yang dia rapat dgn umi dia lah kan . Well, bukan takda lelaki yang rapat dengan mak masing2 tapi kau pernah jumpa ke yang macam ni ? kalau ada pun 50% macam tu laa . yelaa bila dah besar kan , rasa ada makwe tu penting tapi yang ni emm balance -- 

Aku jumpa umi dia haritu hm macam sayu jugak lah hati ni kan , dalam erti kata lain cemburu . Bukan cemburu apa laa tapi tengok umi dia ada laa yang sebijik macam ibu . Seriously! Okay then , malam tadi ada rumah terbuka (yassin hijrah) so then umi dia datang dengan akak and ayah dia . Muka kemmain garang , samalah macam ibu , muka garang haha . uish rindu ibu . okay lepastu , akak dia macam tumpang bahu umi seems like she is cuddling with umi . I was so touched . sbb dulu aku ada buat jugak kat ibu tapi ibu kata "ngade2 laa depan orang nak macam ni" hmmmmm kalau aku tau dulu yang ibu akan pergi secepat ni , aku peduli apa peluk je la depan orang ke belakang orang ke .  tapi semua dah terlambat ..

Masa ibu sakit , aku nak peluk tapi sebab ibu terlalu kurus then aku kesian lah . takut ibu sakit badan kan . aku baru letak tangan atas tangan dia dah kata sakit , padahal tak lama pun . boleh bayangkan kurus tu macam mana ? okay tak dapat bayang kan ? haaa kurus ibu tu macam ni , kau duduk atas toilet duduk tu then punggung kau muat kat tempat tuu -- okay dah dapat bayang ? ibu kurus mendadak . how sad .

Aku still ingat masa aku nak dukung ibu tapi ibu tak bagi , bukannya aku tak kuat tapi ibu takut . haihh kalau aku tau ibu nak pergi cepat dah lama aku dukung je , peduli laaa ibu takut ke tak .. tapi nak menyesal apa lagi , ibu dah takda -- 

Aku bersyukur sempat jaga ibu buat kali terakhir . Mandikan dia . Pakaikan baju dia . Letak bedak kat muka . Sikatkan rambut ibu -- Macam apa yang ibu buat kat aku masa aku kecil . Aku rasa aku anak paling untung kat dunia ni sebab aku boleh tengok ibu dari aku celik kat dunia sampai ibu hembus nafas terakhir . Aku tatap muka ibu masa ibu nazak . Aku bisikkan kalimah agung kat telinga ibu . Aku suapkan ibu air . Aku sempat tengok ibu hembuskan nafas terakhirnya dari adik-adik aku yang lain . Ya Allah terima kasih aku bersyukur sangat :') berbanding ayah aku yang tak ada kat sisi nyaie bila dia pergi . Cuma atuk je yang dapat tatap mata nyaie yg celik buat kali terakhir . Ya , dari situ aku boleh redha . dengan hati yang sangat tenang .

Ramai yang rasa 'kagum' tengok aku boleh tahan kesedihan tu . Mula-mula aku tak boleh terima hakikat yang ibu takada . Aku takada motivator yang tenangkan aku . yang bagi aku kata semangat . Aku dah biasa pujuk diri sendiri . Hari ke-3 ibu tinggalkan aku . Aku mula berfikir . Sampai bila aku nak sedih macam ni ? Nangis air mata darah sekalipun , ibu takkan datang balik lah . Kau akan jumpa ibu dekat 'sana' nanti yang kau tak pernah tahu bila . Aku mula muhasabah diri . Pujuk --

Hari makin hari aku dapat move on macam biasa cuma bila aku nampak student balik sekolah , mak diaorang ambil then aku rasa macam "hmm apa nasib aku" . Lepastu , bila kawan cerita mak diaorang masak apa waktu buka puasa , aku tumpang gembira laa :) Aku cemburu kadang-kadang ye laa mana ada orang cerita pasal ayah? ada ke? takda pun. tu yang kalau aku cerita pasal ayah diaorang buat dek je , tak rasa kagum . Ibu ni satu perkara yang bila orang lain cerita , kau akan rasa "wahh hebatnya mak kau!"

Apapun -- ibu tetap ratu dalam hati along , Al-Fatihah ...
040173 - 250114

Ibu, I wanna meet you.

15 Jul 2014 @ Tuesday, July 15, 2014 | 0 Comment [s]

Assalamualaikum


( Rindu Ibu - Tegar )
Tak terkira,
setiap jam,
minit,
saat,
mahupun detik --
aku rindu ibu.

Hari-hari aku rindu ibu.
Kadang aku nak luah kat mereka yang --
aku rindu ibu.
Tapi apakan daya?
Mereka takkan pernah faham --
selagi mereka tak duduk dalam kasut aku.

Yaa,
Aku rasa nak nangis tiap masa,
Kenapa ibu pergi cepat sangat?
Takdir Allah.
Dia Maha Berkuasa.

"Tak pernah terlintas yang aku akan takada ibu secepat ini"
Ayat ni hari-hari berlari lintang pukang kat fikiran aku,
Ahh aku rimas!
Aku perlu satu perkara yang aku boleh buat --
untuk lupakan semua ini; buat seketika waktu.
Baca Al-Quran -- 

Kadang aku leka, bila gelak dengan kawan.
Tapi --
Bila mereka diam seribu bahasa,
Aku teringat semula. 
Ah! Aku stress.

Aku rindu ibu,
Bila boleh jumpa ibu,
Bila :(



Sebab aku memang aku -- takda lain.

8 Jul 2014 @ Tuesday, July 08, 2014 | 0 Comment [s]

Assalamualaikum

Buah cempedak diluar pagar,
Ambil galah tolong jolokkan,
Saya budak baru belajar,
Kalau salah tolong tunjukkan.
(bukan terus hukum ye?)

Amboi berpantun ye cik adik , setelah 23 hari tak update blog?
Yahhh, kalau dah jari menari-nari ni mesti ada benda nak share. Tak penting sangat pun tapi yek lah , blog untuk bercerita. Whatever happen in my life --

" SEBAB AKU MEMANG DEGIL "

wah wah wah, ngaku ye degil?
Memang, memang aku ngaku.
Tapi degil ada tempatnya lah.
Aku sedar --
uhuksss.


Meh lah sini nak bagi fakta anak pertama, kenapa aku degil sangat kadang - kadang. Well, it's a fact!

1) Senang memaafkan orang
Aáh, aku memang senang nak maafkan orang. Ye lah bukan apa, buat apa marah lama-lama kan? Takda benefits pun kalau aku marah orang lama-lama. TAPI -- aku jenis, dulu ye kita baik boleh bergurau, tapi lepas kau buat hal / kau tipu aku / main-mainkan aku bila aku baik dengan kau, senang kata ambil kesempatan lah, hah lepas tu kau tak payah minta maaf pun aku dah maafkan , jangan risau. Cuma, aku memang takkan percaya kau lagi lah. Kau akan perasan jurang antara aku dengan kau. Macam mana kita dulu dengan yang sekarang memang takkan sama!

2) Garang macam harimau
Aáh memang aku garang pun. Tapi garang aku bertempat lah. Aku jenis -- tak suka orang yang tak dengar kata/lambat faham. Ye, bukan aku sorang je. Memang semua orang lah! Sebagai contoh , aku bagi arahan , senang je untuk orang tu faham , tapi tak buat-buat. Dah lah taktau, sombong nak tanya, eii hangin! Sebab tu aku memang tak layak weh jadi cikgu bila besar. Jenis tak sabar bila mengajar. Huaaaa

3) Kalau gelak tak ingat dunia
Aáh memang betul lah ni. Aku jenis -- kalau sekali kau buat lawak aku akan ketawa pecah perut lah! sampai tahap bila semua orang dah senyap tapi aku masih ingat lawak kau tu haaaa that time memang aku akan gelak sorang-sorang. Orang nak cakap apa pun biar lewww sebab aku , kalau kata benda tu lawak memang lawak habis. Eh! Jangan ingat takda orang yang kalau someone tu buat lawak, dia buat dek je. Eh kalau aku jadi orang yang buat lawak tu, memang rasa nak suap gula-gula laaaaa kan eish. Hah ataupun! Kau sebenarnya tak buat lawak pun, nada kau bercakap tu kadang-kadang kelakar kan? Macam ni pun aku boleh gelak terbahak-bahak. TAPI -- sambung fact lain.

4) Sensitif / hati lembut
Aáh betul lah ni! Aku bukan nak puji diri sendiri aaaa hati lembut en. Tapi serious weh, aku tak tipu. Sampai kawan-kawan aku marah aku bila emmm contoh eh , orang tu buat salah kan? aku maafkan je. macam fact no 1 tadi lah. Then , kalau dia minta tolong ke en? Aku tolong walaupun hati sakit, biar dia happy bila aku tolong. Diri aku? Takpe. Aku suka tengok orang lain happy ni. Ikhlas tak ikhlas belakang cerita, asal aku tolong dia dulu. Let Allah judge me.

5) Mudah sayang orang lain kalau orang tu ambil berat pasal aku
Yep, siapa takkan jadi macam ni kan? Tapi sayang aku "beralas lah" . Takdalah sampai terlalu sayang sangat. Aku sayang bila dia ambil berat je. Bila tak -- hahahahaha nasib engko lerr gi men jauh- jauh. Eh tapi jangan salah faham , bukan aku tak kenang budi . Cuma bila aku tak perlu "diambil berat" hah tak payah lah nak jadi macam prihatin sangat, jenis aku -- tak suka orang show off ni. Buat biar ikhlas. and aku tk kisah pun lepastu kau tak ambil berat. Chill ~

6) Senyuman tetap di bibir walaupun sebenarnya itu hanya " fake smile "
Yang ni macam sedih sikit lah nak cerita ceh takdelah. Hm fact no 3 tadi ada -tapi- kan? Ni lah sambungannya. Fact ni ada berkaitan sikit dengan fact no 4. Macam gini cerita dia, em panjang takpe kan hehe :( -- em kalau lah orang yang rapat dengan aku perasan aku macam mana, mesti dia tau aku jenis cemmana. Tapi aku yakin, takda orang yang tahu kecuali ibu.

Contoh : Aku rapat dengan someone ni, then dia tikam belakang macam gunting bawah selimut. Aku dapat tau dia buat aku macam tu, aku diamkan aje -- dalam diam aku maafkan dia. Ibu selalu cakap "biar orang buat kita, jangan layan. Sampai satu tahap, bila dia bosan sebab kita tak layan apa dia buat, dia akan senyap" . Alhamdulillah, ibu didik aku jadi macam ni. Senang kata -- bukan pendendam. Lepas dia buat aku semua tu, then dia realize yang dia buat salah. Okay baguslah kan? Tapi yelah macam aku cakap tadi, once kau buat aku, aku takkan pernah nak percaya kau lagi. For the rest of my life. Enough , tak perlu ada peluang kedua tiga empat even sepuluh sekalipun. Aku pegang prinsip -- kau buat aku, aku diam, aku senyum depan kau walaupun pahit. Kau baik dengan aku, aku baik dengan kau walaupun sebenarnya kadang-kadang aku sakit hati. Aku pendam sorang-sorang (ni cerita lain, fact lain) Kejap! Pendam dengan pendendam lain tau? Nanti cerita point lain.

7) Manja
Memang, manja peh sampai satu tahap bila aku nak manja dengan kawan, tapi dia tak layan, aku merajuk hua hua hua. Tapi jangan risau, merajuk aku -- tak payah pujuk (Hah ni cerita lain) Mana taknya aku manja, beza aku dengan adik aku yang ketiga 5 tahun kot [sbb adik yg kedua dah takda] lama lah jugakkan 5 tahun? Even lepas dapat adik baru pun, aku still tidur dengan ayah ibu sampai umur aku 12 tak silap. Hahahahaha

8) Peramah
Hahaha ni fact paling orang tak boleh terima kot pasal aku. Jenis aku kalau jumpa kawan baru, memang malu ya Allah. Pendiam gila. Aku takkan tegur orang tu dulu. Memang taklah. But once kau dah tegur aku even kau cakap "Hai!" hah lepas tu! Tolong lah jangan berhenti layan aku hahaha, tengok siapa paling power "peramah" nya? *muka berlagak*

9) Kaki shopping / suka melancong
Ni jangan cakap, pantang aku takda duit sendiri lagi tau sekarang ni? Eish kalau tak! Cuma hahahaha aku ada satu perangai bila -- duit ada, niat hati nak beli, tapi lepas belek-belek barang tu aku akan cakap dalam hati "buat apa nak beli? bazir kan nanti, lepas ni mesti ada keluar yang baru" hahaha, tapi masalah kritikal bila balik rumah aku rasa -- eh alaaaa menyesal lah tak beli yang tadi. Huaaa :(

10) Nak tahu merajuk ke tak, senang je, bila diam membisu tu lah time dia merajuk
Hah ni sambung cerita fact no 7 tadi. Hm aku jenis bila aku terasa hati ke apa, aku akan diam. Masa aku diam, janganlah nak mengada pujuk show off yang kau prihatin sangat. Kalau baik hati sangat kan? Cukuplah tanya "kau kenapa ni? Aku ke yang buat kau macam ni?" hah cukup, kalau aku kata "taklah, aku okay" then tak payah laaaa nak cakap "ye ke ni? jangan lah tipu aku" nampak tak yang ni berkait dengan fact no 2 ? Kalau aku kata sekali tu, ye kan aje. Jangan banyak tanya, aku tak suka. Bagi aku masa untuk aku pujuk diri sendiri, jangan risau tak lama pun. Ceh ada ke orang risau? takda pun. Then bila aku dah okay, nk ajak berbual ke, jangan lah tak layan dooo, peh ni hangin aa

11) suka pendam bila ada masalah
k ni sambung cerita tadi -- aku jenis pendam. Contoh , bila kau buat salah dengan aku kan? Aku pendam. aku maafkan kau. Takpe biar aku yg "sakit" asal kau happy. Pendam aku sampai satu tahap aku akan diam termenung. Aku tak reti nak cerita apa yang aku pendam. Cara pulih? Nangis. Walaupun aku tau, nangis takkan selesaikan apa-apa masalah pun. Aku tak suka tunjuk yang aku sedih depan orang. Tu yang kadang-kadang 5 minit lalu kau cari pasal kan? Tapi 5 minit lepas tu aku gelak huha huha, padahal -- dalam hati aku sorang je tau peritnya macam mana. Lagi satu, kalau lah ada orang yang tahu apa aku pendam means aku betul-betul caya orang tu and aku tau dia akan bagi respon walau sikit. (respon cerita lain)

12) Berlakon
Peh kalau ada award pelakon terbaik tak keluar tv. Memang aku rasa aku nak award tu weh? Jenis aku -- walaupun sakit hati, berlakon jek laaa yang aku suka orang tu. Kadang fake tu bagus, KADANG LAH AKU KATA *muka tk puas hati* tapi bila fake tu, kau jangan kutuk orang tu kat belakang. Diam-diam dah lah, kau sorang je tau yang kau tak suka orang tu, buat apa heboh orang lain? Biar orang lain nampak baik dia bukan buruk dia. Kadang aku akan cerita orang yang aku tak suka ni kt sorang je. Orang yang aku percaya -- ada, aku sayang orang tu. Lagi satu, jenis aku -- kalau orang bercerita kat aku, aku akan bagi respon sebab aku tak sampai hati kalau aku tak balas apa dia cakap, serious perasaan tak sampai hati tu datang sendiri. Walaupun that time, aku takda mood kan? aku akan balas. cuma tengoklah mesti pendek je aku balas but at least ada lah jugak kan? Takda lah kau rasa kau syok sendiri bercerita kan kan kan?

13) Cepat berubah
Hah, aku akan cepat berubah. My attitude based on how you treat me. Kau baik , aku baik . Kau tipu aku, sekali tu jek lah aku percaya. Biasanya, bila aku baik dengan kau, kau tak perasan pun. Tapi bila aku berubah walaupun sekecil-kecil perubahan, time tu kau nampak. stupid tau haaa ni aku geram. Tapi takpelah, dah biasa kena macam ni. watlek watpeace ahhh ~

14) Suka ambil gambar.
Jenis aku memang suka ambil gambar. Tak suka betul aku dengan orang yang tak suka ambil gambar hahahahahah tapi nak buat macam mana. Dah dia tak suka kan, nak buat cemmana. Memang ada orang macam ni. Biarlaa hua hua hua. Pada aku, gambar tu buat satu kenangan. Kita kan tak boleh putar masa? So, dengan adanya gambar boleh lah kita ingat kenangan yang kita buat tu. Hek elehh, have fun lah sikit. Ni setiap masa nak serious. Adoi pening aku laaa --


Aku tau aku selalu buat salah,
Aku tau aku selalu buat orang lain rimas dengan aku,
Aku tau aku selalu degil,
Aku tau aku selalu nak orang dengar cakap aku,
Aku tau aku selalu fikir aku betul

Tapi hakikatnya -- itulah aku.

"Aku" yang memang dah macam ni sejak azali
"Aku" yang memang takkan berubah
"Aku" yang selalu sabar dengan apa orang buat kat aku

Walaupun -- AKU TAU , takkan ada orang nampak kebaikkan yang aku buat , tapi bila salah aku -- heboh satu dunia malah sampai lubang cacing pun. Ye -- manusia memang begitu. Terima lah hakikatnya. Bukan aku je yang kena macam ni. Setiap orang. Jadi -- aku selalu diam and let Him judge what I'm doing in every time. 

sebab Allah Maha Pencipta.




Good news!

15 Jun 2014 @ Sunday, June 15, 2014 | 2 Comment [s]

Assalamualaikum


Alhamdulillah, yey! Finally, I got the highest mark in Science subj!
Tak A pun tapi not bad laa sbb sains susah. Just zuliyana and me dapat B.
Well yaa, as today is Fathers Day, so then itulaa hadiah aku untuk ayah :') oh yea, Arif pun sama bawak balik hadiah! Dia dapat straight A's masa exam pertengahan tahun haritu. 

Hmm semua Allah yang bagi atas usaha yang aku buat. alhamdulillah.
Kenapa sains je yang macam "okayyy" haha sebab sains study habis2 last minute! haih tau buat kat semua subj, ceh mana boleh laa syaa!

Masa dapat result tadi beriyee ha lompat haha. sebab ehh ingat senang nak dapat highest? uish macam terharu. Terus zasssss terfikir, balik nak bagitau ayah terus. Tepat pada hari laa dapat result sains. Thank you cikgu :)

that time bila aku happy gila dapat result! alaaaaa mesti punya aaa ada yang "alaa zam ni beriyee nak lompat segala" . Ehh kau apa tau, satu kepuasan tau bila dapat highest, nak nak bila aku jenis bukan yang selalu dapat highest. Bagi chance sikit ah. Bila roda dah pusing, time tu kau dapat highest ahh aku nak tengok kau cemmana? Suka kan? ish..

balik baru sedar yang cakap kat family lagi best daripada share dengan -- mereka. 
Okay thats all. tq for reading :)

This is me.

2 Jun 2014 @ Monday, June 02, 2014 | 0 Comment [s]

Assalamualaikum.

Hi everyone! Hi my permanent reader(s) ! omg ada ke? hahaha. 
okay harini dah hari ke-berapa-hari habis exam. yeyy! Alhamdulillah everything went well. All the questions were quite tough but yaa I had try my best.. As we all know, the system of the examination was totally change. Cikgu cakap "awak semua tetap ada 8 subject for pt3" tapi cikgu soalan dia huih jenuh tangan ni nak menulis aaaa. No objective questions okay! Ada tu ada aaa tapi tak membantu pun nak dapat markah lebih (hahaha sad life). Semua soalan were KBAT (kemahiran befikir aras tinggi) / HOTS (high order thinking skills) dan emm sangat susah ye. For me, yang agak senang sains lah. Hmmm engko nampak tak permainannya? Aku suka math aaaaaaaaa, tapi bila exam haritu sains yang agak senang, rasa macam nak tukar cita-cita. Ya Allah, cemmana ni? Math susah sebab dia banyak soalan indeks. I need private tutor! 

Okay lah stop jap aaa cerita pasal exam. We're on holiday mood! yeyy three weeks okay. Cuti ni pi mana? Cuti ni kita pergi Penang! Nun jauh di sana. Apa lagi, cuti kerja makan je. Gemuk tak tau! hahaha.

Okay back to the main topic yang aku nak cerita harini.
Em, aku cerita dulu lah eh aku macam mana.

Alright lets begin. 

1) Aku anak first, so aku jenis kalau orang perintah aku tak buat, kalau orang tak perintah baru aku buat. Contohnya : 

"syaa kau pergi basuh pinggan"
"hmmmmm"

Ya Allah, memang lah aku malas. Malas gila aaaaa sebab aku dah tahu lepas makan memang kena basuh pinggan kan? Tapi lepastu ada orang suruh padahal aku tau lah kena buat cenggitu. Hah memang malas! Walaupun lepas makan aku tinggal jap, tapi lepas tu aku mesti datang balik untuk kemas. Memang punya lah. So jangan suruh benda yang aku dah tahu nak buat apa. K?

2) Aku jenis bila orang nasihat, yang aku rasa aku boleh terima aku buat, tapi kalau aku tak terima em aku tak lah melawan cuma aku diam je tak buat. Faham tak macam mana? 

3) Aku tak suka kalau ada orang buat sesuatu kerja tu dalam keadaan kelam kabut. Ek elehh rileks dah lah. Tak lari tak kerja tu. Buat perlahan-lahan kan boleh? Biar lah lambat macam mana pun, asal siap sudah lah. Haih aku tak suka betul aaaaaa kalau kena duduk dalam satu group tu em pressure je. Cool dah lah. Enjoy buat something tu. Baru best! Nampak macam aku keras kepala. K yang ni KIV nanti aku cerita aa kat bawah. Sambung baca k? hehe

4) Aku suka kawan dengan orang yang boleh faham gurau kita. Aku tau ada orang yang jenis "eh dia ni bahasa jaga aaa. Aku ada hati" biasanya perempuan lah. alahaii lemah betul aku kalau yang jenis macam ni. Aku gurau takda sampai maki macam sebut "perkataan2" tu. Gurau biasa, macam perli ke. Kau dah tau aku memang gurau yang kadang boleh sakitkan hati, kau balas lah balik masa aku cakap tu. Aku tak kisah pun. Gurau situ habis situ. Esok cerita lain lah. Sebab tu best kawan dengan lelaki. Kau cakap lah apa pun. Diaorang buat dek je. Walaupun kadang ada lah sakit hati, yelaa mana ada orang yang tak sakit hati bila kena gurau agak kasar kan.. tapi diaorang membalas. Faham tak macam mana? Contohnya :

"kau ni control macho, kau ingat kau handsome sangat ah?"
"abes kau macam cantik sangat je?"

Hah kau tengok kau tengok, membalas kan? Lepas tu dah habis "membahan", dah lah. Cerita situ habis situ. Yelah, bila perempuan gurau dengan lelaki kan nampak macam tak elok. Hm tapi serious kalau cerita kat lelaki diaorang akan  bagi respon kadang-kadang lagi bagus dari kawan perempuan. Walau hanya sepatah perkataan. Asal ada dah aaaaaaa.

5) Aku tak kisah kalau ada kawan yang nak share rahsia dengan aku. Tak kiralah kau siapa. Kau kenal aku ke tak. Rahsia kau, aku simpan. Takdanya aku cerita kat orang lain, sebab em aku jenis cerita harini esok aku lupa hahaha. So kalau ada kawan yang sedih. Meh laa sini cerita. Tapi aku tak suka kalau cerita sedih pasal pakwe hahahahahahaha. Aku dengar ye dengar tapi senanya em tak masuk apa pun. Kalau jenis pakwe dia boleh buat kawan, hm yelah aku dengarkan aje. Sebab aku jenis tak sampai hati lah, kalau tak bagi respon.

6) Aku jenis pendendam. Hati-hatilah kalau dah cari pasal dengan aku. Aku pendam. Luar senyumm aa tapi dalam perit weh. Kenapa aku pendam? Sebab kalau aku luah pun bukan kau faham yang aku tengah marah. Ciss. Em aku pendam tapi aku bukan jenis membalas apa kau buat. Kau buat aku, aku diam je. Let Allah deal with you. Tapi kadang kalau kau terasa yang aku ni membalas, sebenarnya tak pun. Aku takda niat nak balas. Biasalah, kau kena pegang kata-kata ni;

" Roda tu berpusing. Ada kala kau kat atas, ada kala kau kat bawah "

7) Aku suka kalau ada orang bagi barang kat aku. Em kira macam souvenir lah. Tapi kalau kau tak melancong pun, kalau kau pergi kedai RM2 tu. Kalau tiba-tiba ingat aku, beli je. Aku suka hehehe. Kenapa aku cakap macam ni? Sebab ada orang jenis yang fikir semua nak mahal je. yang murah ni tak standard katanya. Banyak lah kau. Ingat duit ni macam daun ke? Bila orang dah bagi tu terima lah. Untung tau dia ingat kau. Eh ingat tau? Aku suka barang kecik2 comel2 murah2. Perempuan ni senang je kalau nak belikan hadiah birthday sebab perempuan ni jenis pandai simpan barang, pandai hargai barang. cehwah? Puji diri sendiri ke kak? hm hm boleh laa haha. Aku suka apa?

- shawl dan seangkatan denannya
- pencil case
- tumblr
- stationery 
- barang perhiasan perempuan (scarf, earrings, apa2 lah yang kau rasa barang perempuan tu aku suka!)
- buku nota
- em pokoknya semua benda lah aku suka hahaha.

8) Aku tak suka kalau budak-budak bawah ni tak reti hormat budak atas. Hahaha aku garang senanya. Aku prefect kat sekolah. Aku tak rapat dengan budak bawah. Kalau ada rapat pun em haritu kau nampak aku rapat, hari lain tak. (hehe)

9) Second last yang penting pasal aku, aku jenis pendiam sebenarnya. Kenapa kau taknak caya aaaa? Serious ni. Hm kalau kau tak tegur dulu, aku memang akan diam. 100 hari duduk dalam satu rumah tapi kau tak tegur dulu, memang 100 hari lah aku diam je. Tapi bila sekali kau tegur, hm kau tengok betapa peramahnya aku. So kau kena layan, kalau kau tak layan. Em aku benci kau.

10) Ni last pasal aku yang sangat teramat tesangat amatlah penting. Aku jenis kalau tengah moody em takpayahlah gatal nak kacau. Memang aku em jadi monster, hah takut! Kalau rajin pujuk, tapi sekali je aa. Em tak payah pujuk pun takpe, aku tak kisah sebab yelah bila aku dah okay, aku cari lah kawan aku balik. Ingat, tak payah kacau aku kalau aku moody. Tapi biasa classmate lelaki suka cari pasal time aku moody. Hm lelaki kacau tak sama perempuan yang tergedik-gedik ya Allah nyampah hm. Aku tak suka yang lemah gemalai laaa apa. Hish, tapi kalau aku lemah gemalai takpa aaaa. Haha aku tau kalau ada yang baca ni mesti punya aaa cakap "ek eleh beriye gila kau macam ni" eh? suka hati aaaa. 


Okay done. 
Penat type. Cita-cita untuk harini senanya nak cerita lagi panjang. Tapi aaa ketandusan idea aaa. Okay, mohon takda orang yang judge aku lepas baca ni ye. Sebab ni memang aku yang sebenar. Tak boleh terima aku macam ni takapa. 

Thanks for reading. Bye! :)


random.

12 May 2014 @ Monday, May 12, 2014 | 0 Comment [s]

...crying almost everyday

Dalam pada macam ini --
Aku memang perlukan ibu,
perlukan sokongan dari ibu,
perlukan kata-kata peransang dari ibu.

Rabu ni mid-year exam.
Aku ingat lagi masa mid-year exam last year.
Stress sangat sampai aku rasa -- aku tak boleh nak jawab exam.
Tak mampu.
Hari sebelum exam,
pening aku fikir -- kenapalah aku tak yakin sangat?
Pelik bin ajaib.
Nak kata sebelum ni tak pernah exam -- dah.
Tapi entahlah, taktau kenapa.
Mungkin -- sebab aku asyik fikir nak top 5.

dan -- pada masa tu jugak aku luahkan kat ibu.
feeling sikit ah masatu,
hah kau! keluar air mata.
Malu gila sebab -- aku tak pernah nangis depan ibu.
Heyy, masa kecik tu cerita lain k.

Ibu cakap lah,
" alaaa along boleh buat. Jangan lah fikir pasal orang lain, buat yang terbaik untuk diri along je "
Hmm, esoknya exam.
Aku cuba -- cuba dan cuba.
Ahhh dengan confident lah jawab soalan tu,
tup tup lepas exam, aku check jawapan ada lah stupid mistakes yang aku buat.
Down !
haaa, nangis lagi.
Ngadu lah kat ibu --
pastu ibu cakap,
" try lah lagi, alaa yang lepas tu lepas. Biarkan "

Sekarang?
Kalau aku down,
kalau aku ada tak faham apa-apa,
siapa nak pujuk?
siapa laaaa nak layan perangai aku.
Haih lah ibu, along rindu ibu.

Siat hati.

4 May 2014 @ Sunday, May 04, 2014 | 0 Comment [s]

Assalamualaikum.

Tadi, sebelum ustazah keluar dari class, dia ada baca satu sharing post dari facebook pasal seorang ibu yang meninggal disebabkan oleh breast cancer. Ustazah ada cakap yang anak dia baru dua orang. That time aku terus, "...hmm situasi sama macam aku " Aku terus tunduk -- buat hal aku.

Masa perhimpunan pagi pun sama. Cikgu ada bagi penguman pasal jualan amal, then sebut "anak yatim". dan macam biasa , aku akan -- buat hal sendiri. Aku tak tahu lah kenapa automatik begitu. Mungkin rasa sedih tu masih ada. Eh -- rasa sedih tu selamanya. Yaa, aku rindu ibu.

Kadang --
aku macam tak boleh terima hakikat,
macam yang aku cakap sebelum ni.

Tapi --
nak buat macam mana?
ni semua dah tertulis sejak azali.
dan,
aku perlu redha dengan qada' dan qadar' Nya.

Masa ibu pergi,
aku dah bermonolog,
" Hati kau kena kuat syaa, goyang sikit, sia-sia amalan yg kau buat "
Maksud aku,
kalau jenis yang tak boleh terima hakikat,
salahkan takdir,
tak ke dah kira murtad?
Nauzubillah,
moga Allah perlihara Iman diri ini.

Kadang --
aku pretend to be happy depan mereka,
mereka = kawan-kawan, ayah, adik, cikgu.
Sebab,
aku tak suka kalau ada orang yang simpati atas apa yang jadi kat aku.
bukan sombong atau apa,
tapi entahlah,
aku memang macam ni,
siapa je yang boleh faham aku macam mana?
Ibu.

Dah update macam ni, mula lah nak throwback memory.
Okay, taknak. 
Move on syaa.
Hm I miss you Ibu.
I miss everything about you.
Wait for us, our family --
In Jannah.
Insha Allah, ameen.






Hati.

30 Apr 2014 @ Wednesday, April 30, 2014 | 0 Comment [s]

Assalamualaikum.

....typing

Yaa hayyuu yaa qayyum birahmatika astaghits   "Wahai TUHAN yang Hidup yang Kekal. Dengan Rahmat-MU aku memohon pertolongan-MU."

Hati,
Hati ada banyak jenis --

Hati yang bersih,
Hati yang kotor,
Hati yang mati,
Hati yang tak pernah puas,
Hati yang lalai --
lalai dengan duniawi,
Astaghfirullah.

" Harap muka je cantik , tapi hati busuk! "
" Depan baik tapi belakang kita , dia pijak kita! "
" Muka cantik tapi tak pernah nak puas hati dengan orang lain! "

Acapkali kita dengar ayat atas ni bukan?
kadang ayat ni pun terpalit sendiri kat muka kita.
manusia tak akan boleh lari dari kesilapan.

Hati,
Hati sangat penting bagi seseorang.

Hati,
Hati tu sangat lembut,
macam tisu,
kalau tersentuh sikit,
mesti boleh koyak,
bukan koyak je,
rabak.
kadang boleh terluka,
siapa yang lukakan?
LIDAH manusia --
dahsyat bukan?

Hati,
setiap bayi yang dilahirkan,
hatinya suci -- bersih,
Maka,
diri sendirilah yang akan mencorakkan,
sama ada cantik atau buruk --
terpulang.

" Eh kau ni , orang nak kena jaga hati kau je? Hati orang lain kau ada fikir? "

Takkan ada manusia yang tak pernah dapat ayat ni,
Ya bukan?

Haih, macam ni lah. 
jagalah hati masing-masing.
Pegang konsep --
" kau baik, aku baik. kau jahat macam mana sekalipun, aku akan cuba untuk bersabar "
Pujuk hati sendiri,
kadang, kita perlu mengalah dengan orang yang selalu tak puas hati dengan kita.
kadang --
bila kita mengalah tu, akan ada sesuatu yang lebih baik --
datang pada kita.
Jadi bersabarlah wahai hati,
Allah suka orang yang sabar.

La haula wala quwata illa billah.."Tiada daya dan kekuatan melainkan dengan izin Allah"

Zikir,
zikir adalah salah satu daripada --
terapi hati.
Jadi --
Ringankanlah lidah untuk  berzikir,
supaya hati rasa tenang.
Insha Allah..
moga kita semua terlindung dari fitnah dunia..
.. dan moga hati kita sentiasa dilindungi-Nya --
Ameen..

Allah pernah berfirman ...

"Allah tidak memandang kepada rupa dan pakaian. Tapi Allah  memandang kepada hati. Hati yang bersih lagi suci."






beloved ibu..

20 Apr 2014 @ Sunday, April 20, 2014 | 0 Comment [s]

Saturday, April 20 [ 12.24 a.m ]

...typing

Ibu, five days more genap you left us for 3 months.
Sekejap je masa berlalu.
macam tak percaya pun ada.
every night, i will always crying crying and crying.
coz i miss you much.
every night along teringat all the memories you did with me.
from I was born till now.

Ahhh ! sometimes along macam tak boleh terima hakikat.
Seriously! but then i thought , dosa kalau lama lama macam ni.
Astaghfirullah.

hmmm along sebenarnya banyak benda nak cerita kat ibu.
pasal perempuan, pasal sekolah, pasal activity along. Everything! from A to Z.
tapi macam mana ibu?
macam mana along nak cerita? 
ibu dah takda?

ada je cikgu kat sekolah cakap,
"kalau ada masalah, ceritalah kat cikgu."
tapi mana boleh, benda ni macam sulit. 
yang boleh tau ibu dengan along je.
ayah pun tak boleh tau.
no one will understand every point that I'll story to you.

ibu dah lama tak datang dalam mimpi along?
hmm kan ada orang cakap, 
"hah mimpi la tu sbb tidur tak basuh kaki kan"
so then, last two nights along rasa.. 
sengaja lah tak basuh kaki.
jap lagi! lain yang along dapat mimpi.
Astaghfirullah..
along harap mimpi tu mainan je. ye mainan!!

Ibu, sejak ibu takda, banyak benda along pendam. 
along simpan rapi rapi.
tapi ibu, sakit laaaa lama lama simpan.
tapi ibu, kalau cerita pun nak cerita kat sape bu?
haihh, pening lah gini.
Bila laa boleh jumpa ibu kan?
wait me in the Paradise mom.. yeaaa wait for us -- our family.

Oh yea ibu, lupa pulak nak cakap.
Along dah start training netball J ! yey hehe.
got new position lagi buuuuu.. defender.  haha tapi tak jadi lah kot? eh koleng haha.
entah laa, ill try my best. it is all for you mom -- and for our family.

I want your brain ibu.
Fikiran yang selalu --
fikir tentang orang sekeliling sampai diri sendiri sakit pun tak sedar.
Asalkan mereka gembira.

I want your eyes ibu.
Mata yang selalu pandang kindness of someone.
..kalau ada yang salah tu buat tak nampak je.

I want your ears ibu.
Telinga yang selalu dengar perkara baik.
telinga seorang pendengar terbaik kepada org lain.
telinga yg buat orang lain suka dengan diri kita.

I want your mouth ibu.
Mulut yang selalu memberi nasihat.
tak kira siapa mereka --
anak, jiran, kawan, atau siapa-siapa sahaja.

I want your hands ibu.
Tangan yg selalu memberi tetapi tak selalu menerima.
tangan yang selalu bersedekah tak kira sedang susah atau senang.
tangan yang membantu org sekeliling.
tangan  yang buat orang suka pada kita.

I want everything from you mom!

you're my idol.
my role model,
my strength,
my princess,
my radio,
my bank,
my caunselor,
my E V E R Y T H I N G !

Al-Fatihah.


Heart says..

6 Apr 2014 @ Sunday, April 06, 2014 | 0 Comment [s]

Assalamualaikum.

Hai, selamat malam.

Ibuu..

25.1.2014 - along still tak boleh percaya ibu dah pergi. I don't know why mom. mungkin sebab along tengok sendiri depan mata along, dari ibu mula-mula sakit, sampailah ibu hembuskan nafas terakhir *crying* first time ibu dapat tau ibu ada cancer, that time ibu sedih sangat. Along nak nangis, tapi along tahan je. Taknak laa ibu tau along sedih. Along try ceriakan hari-hari ibu. Emm masatu dah terdetik dalam hati...

" andai ibu pergi, siapa nak jaga along bila ayah kerja.. siapa nak gurau-gurau dengan along.. siapa nak dengar luahan along.. kalau bukan ibu.."

Ya Allah, nauzubillah.. kenapa laa along terfikir masatu..kalau along tak fikir, mungkin ibu ada lagi sekarang ni.. mungkin? tapii, along caya qada' dan qadar Allah. Along redha ibu pergi daripada ibu sakit.. kesian ibu.. mungkin ada hikmah semua ni berlaku.. Allah tu Maha Mengetahui..

Along syukur, along lama hidup dengan ibu.. 14 tahun ibu ada dengan along.. terima kasih ibu.. along cuma kesian kat adik, Fina dengan Arif. Diorang kecil lagi, dah takda ibu.. hmm harituuu..

" ayah, bestnya diaorang semua ada ibu kan ayah? *tengok kat masjid* - Arif

Ibu, along dengan ayah taktau nak jawab macam mana soalan Arif tu. Hmm along cuma doa tiap hari supaya arif boleh faham dan... along harap arif cepat matang nak hadapi situasi macam ni.. Ya Allah, rindunya along kat ibu.

Along rindu nak cerita kat ibu.. hm takpalahh.. along nak jugak cerita..bayangkan je ibu ada dengan along..

Ibu, along sedih sangat dengan kawan kawan along. I don't know why, they were such always not satisfied dengan along. Apa along buat ada je salah. Bila along nak cerita pasal ibu atau masalah along.. ada je yang buat tak tahu. tapi bila diaorang cerita pasal masalah diaorang, along dengar je. kadang2 ada jugak laa along tolong, kadang-kadang. along bukan apa, tak sampai hati kalau tk bagi apa2 suggest or what kat diaorang.. cem tak sampai hati.. tapi diaorang? hmmmm.. kalau ada ibu, mesti ibu faham dari awal sampai akhir. ye laa along kan anak ibu :') Rindunya kat ibu.

Ibu, along down sangat masa ibu pergi.. orang lain mana nampak semua tu. sbb along gelak depan diaorang semua. Along bukan reti nak sedih depan orang, ibu pun tau kan? yaa , you always faham along. Ada je yang tak puas hati dengan along bu,... kenapalahh jadi macam ni.. along bukannya tak cuba nak puaskan hati diaorang ,, dah , along dah cuba tapi ... hmm entahlaa buu.. Rindunya kat ibu :')

Ibu, along menang netball haritu.. emmmm tapi cuma number dua laa.. takpakan ibu? ibu selalu support along. along tauu.. ibu, along ada berita gembira laa.. hehehehe cem poyo je kannn ? along dapat best player haritu. Macam tak sangka. kalau ibu ada, mesti ibu suka. mesti ibu bangga. mesti ibu dah bagi hadiah kat along.. mesti ibu belanja makan kan ibuu kan? emm piala along dapat tu kecik jek bu.. dulu ibu pernah gurau, ibu cakap " hmm kecikna piala, biar laa ibu buat piala untuk along besar.. ada nama along " pastu ibu gelak. alahaii rindu along masa tu buu.. emm along rindu ibu :')

Ibu, tahun ni along nak exam besar. Ibu doakan along dari atas ye ibu? walaupun along tau, bila hilang seorang ibu hilang lah satu doa yang paling dimakbulkan Allah. emmm tapi along tau ibu support along, ibu doakan along..

Ibu, along macam terkilan sikit sebab tak dapat buat nasi goreng untuk ibu. Along baru terfikir lepas ibu pergi.. petang tu, ibu ada minta nasi goreng kan ibu? Ya Allah , KENAPA LAH ALONG TAK TERFIKIR IBU NAK ALONG YANG MASAK!!!! along terkilan sangat.. cik ain buat, ibu taknak makan. ciklin buat pun ibu taknak makan.. cikjul beli pun ibu taknak makan.. Ya Allah , ruginya along masa tu.. emm along nak ada dengan ibu setiap masa, sebab tu along tak pergi dapur nak masak ke.. kenapa along tak terfikir masa tu!! hmm benda dah lalu,, along redha :')

Ibu, semoga ibu tenang dekat sana. Kenangan ibu dengan along dengan ayah and finarif takkan along lupakan sampai bila2. ibu tunggu kami semua nanti ye kat sana bu ? :') kami semuaaaa rindu ibu, kawang2 ibu pun sama. Along hadiahkan AL-Fatihah untuk ibu tiap hari. itu yg ibu nak kan ibu? yaa along dah buat, Insha Allah :') along rindu ibu, along sayang ibu, sayang along pada ibu takkan hilang selamanya.. ibu laaa ibu paling hebat kat mata along.. ibu kuat. ibu tabah.. sebab tu along jadi macam ibu.. you;re my perfect idol.. iloveyoumom,, iloveyou so strong hehe.. wait there mom, ill be there soon too.. sayanggg ibu dunia akhirat!!! :')

Kawan.

17 Feb 2014 @ Monday, February 17, 2014 | 0 Comment [s]

Assalamualaikum.


Bonjour ! 
Sekian lama menyepi, akhirnya muncul juga blogger hitam legam ni ( kes netball punya pasal ! ) Anak sapa la ni cik kak oi . Muka belang - belang macam kuda belang . Eh sebbaik kuda belang comel je . k ?

Actually bukan nak cerita pasal kuda belang ke warna warni ke . 
See that title of this entry? yeaa kawan . rasanya dah banyak kali aku buat entry pasal kawan . entahlah , tak tau kenapa . mungkin sebab aku masih sekolah ? yaa mungkin . Nak cerita , tapi tak tau ehh kalau cerita ni off topic . Ayok tak tau mak balik bawak kayu tersepak punggung lembu --

Sekarang jadual padat sangat , nak kena bahagi masa untuk belajar dengan sukan ..

"macam kau artis je , busy noh ?"
"memang busy, busy sampai sikit je masa ada kat rumah."

Tak ! Senanya bukan nak cerita pasal ni . Aduu aku taktau nak mula cerita macam mana . K pendek cerita terus laa boleh kan . . . . hmmmmm ... camni cerita dia --

Aku suka kawan dengan orang yg satu kepala dengan aku , entah aku susah nak bercampur dengan sembarangan orang . senang kata aku pilih kawan . Kadang bila orang tak kenal aku , aku digelar sombong . Bukan sombong cuma aku jenis memerhati , kalau kau boleh buat kawan , aku kawan laa , kalau sebaliknya so dah boleh tau apa jawapannya kan ? 

Aku suka kawan dengan Dina .
Dia tua setahun dari aku . Dulu sekolah rendah tak pernah rapat pun . Beza sekolah pulak tu . Since when kitaorang rapat ? aku rasa since netball 2012 . Nak nak masatu netball sekolah under 15 juara , memang lah rapat kan . Dia bukan rapat biasa tapi luar biasa . Ah korang takyah tau , biar aku je tau cemmana luar biasa tu . hi hi hi -- Aku share story dengan dia , ngumpat dengan dia haha ni jangan ikut . Ngumpat ni bila ?  bila dalam game je . yelaa dia GA aku GS , partner sejati tu . engkowww xD
Senang buat gurau , tak da masa nak merajuk sana sini . Kalau gurau pun , gurau yg satu kepala laaa dengan aku , suka gelak kuat kuat , mengada sama sama , miang sama sama cuma mak ayah je tak sama sama . len semua sama . kalau boleh nak semuaaaa samaaaa ! mekk kawww . 

Lagi satu , aku suka kawan dengan "sorang" ni .

" Kau ni degil jugak kan ? jangan laa suka pendam sangat , kalau kau pendam kau mesti stress "
" kalau nak luah pun , luah kat sapa? takda kan  yg nak dengar? mana ada yg faham kan? "

Papppp ! gaduh .
Dia suka sakitkan hati aku . alasan paling munasabah "sorang" ni bagi -- aku nak buat kau makin sakit hati sbb aku nak kau luah semua . marah aku pun takpa -- katanyaaaa .. tapi !

" kau ni marah kat sorang , kenapa orang lain tempias jugak? aku pulak tu yg kena "
" kata suruh luah ! aku luah laa "

papppp ! gaduh lagi .
Satu perkara yg aku suka kawan dengan "sorang" ni is dia bukan jenis gaduh tak kawan . aduhh malas layan kalau camtu . dia gentle (puihhh) gaduh baik gaduh baik . Best buat kawan , gurau pun best . ada satu lagi  benda yg buat aku sakit hati .. dia susah sangat nak senyum . bila aku kata sombong , tau pula marah . k kalau dia baca ni confirm ungkit , hehehe -- 

Rasanya tadi masa maghrib fikir nak tulis lain , bila dah taip lain keluarnya.
Takpalah next time update lagi pasal Dina dengan "sorang" ehh . bye :)

Akhirnya Ibu pergi jua.

6 Feb 2014 @ Thursday, February 06, 2014 | 2 Comment [s]

Assalamualaikum.


Ibu,
Ibulah satu-satunya ibu yang hebat,
dalam dunia along.

Ibu,
Ibulah satu-satunya ibu yang tabah,
dalam dunia along.

Ibu, 
Ibulah satu-satunya ibu ,
yang along ada.

Ibu,
tiga tahun ibu menderita sakit kanser,
along tau ibu sakit,
tapi,
ibu tak pernah cakap yang ibu sakit,
sebab ibu taknak ayah dengan adik-adik risau,
kan ibu?

Ibu,
setelah tiga tahun ibu derita,
Akhirnya ibu pergi jua,
Along lega ,
Along bersyukur,
Sebab,
takda lah ibu derita lagi.

Along redha ...

Ibu, 
Harini dah masuk sembilan hari ibu tinggalkan kami.
Along rindu gelak ibu,
Along rindu senyum ibu,
along rindu gurauan ibu,
along rindu ciuman ibu,
dan paling along rindu,'
pelukkan dari seorang ibu.

Ya Allah,
Along tak pernah bayangkan yang along akan dapat,
title "anak yatim"
Beratnya dugaan ni,
tak pernah terlintas yang along akan,
takda ibu,
pada umur along 15 tahun.
Tak,
tak pernah terlintas,
LANGSUNG!

Masa ibu pergi,
along dapat mengadap ibu,
bukan along je,
ayah , tokmak tokyah , atok nenek.
ramai lagi,

Along bersyukur sangat,
sebab,
along dapat tengok ibu 
hembuskan nafas terakhir ibu,

Along dah ngantuk masa tu,
nasib baik along tak tidur dulu,
sebab along rasa ibu takkan pergi,
malam tu jugak,
nasib baik!

Tapi along tahan,
along baca zikir sebelah ibu,
" ya Allah... ya Allah... ya Allah "
along suruh ibu ikut,
ibu ikut.
alhamdulillah...

Ayah suruh along pegang kaki ibu,
dah sejuk,
dah putih,
dah takda darah mengalir,
ya Allah,
jantung along berdegup laju,
laju sangat,
along nangis akhirnya.

Along minta maaf sebelum ibu pergi,
along minta halalkan susu sebelum ibu pergi,
along minta halalkan semua sebelum ibu pergi,
along minta ibu doakan along sebelum ibu pergi,
dan ... along minta ibu tunggu along kat Syurga nanti..

Sekali along suapkan ibu air,
ibu senyum...

Dua kali along suapkan ibu air,
ibu senyum...

Kali ketiga,
Ibu tarik nafas ... hembuskan nafas,
dan itulah nafas terakhir ibu,

Ya Allah,
Masa tu along rasa dunia along gelap,
gelap sangat !!
Along hilang seorang ibu,
buat selama-lamanya ....

Tapi satu yang buat along lega,
buat along bersyukur sangat,
ialah...
Ibu senyum masa ibu pergi..
dan senyuman tu kekal !

Masa mandikan ibu,
along tengok muka ibu,
bersih dengan senyuman yang manis,
manis sangat..

Masa kafankan ibu,
along tengok muka ibu,
cantik sangat!
cantik dengan senyuman.
Senyuman yang ibu tinggalkan tu,
along takkan lupa sampai along pergi nanti.

Ibu meninggal hari Jumaat.
Ya Allah,
Doa along selama ni dimakbulkan,
Alhamdulillah...

Along memang berharap sangat,
kalau ibu pergi,
ibu pergi hari Jumaat,
Penghulu segala hari.

Ibu,
Along rindu ibu sangat-sangat,
Macam mana along nak jumpa ibu,
Along nak jumpa ibu,
walaupun dalam mimpi,
cakap dengan ibu,
walaupun dalam mimpi..

Ibu,
Akhirnya ibu pergi jua..
moga ibu ditempatkan 
dikalangan orang yang beriman,..

AL - Fatihah


Your love,
Along.


RIndu.

21 Jan 2014 @ Tuesday, January 21, 2014 | 0 Comment [s]

Assalamualaikum.

*tumblr*

Hello everyone, I miss my mom so much.

Ibu,
bila ibu kat hospital,
along sunyi,
along tak ada tempat mengadu.

Ibu,
ibu sorang je yang faham along,
faham situasi along,
faham cerita along,
Ibu sorang je.

Ibu,
along rindu ibu ni,
rindu sangat sangat,
rindu nak kongsi cerita,
bila along balik sekolah.

Ibu,
cepatlah baik,
cepatlah balik,
cepatlah ibuuuuu :(

Changed.

20 Jan 2014 @ Monday, January 20, 2014 | 0 Comment [s]

Assalamualaikum.



Marah,
Aku marah orang bersebab,
kalau tiada sebab,
aku gila,
gila.

Bila aku marah,
tolong faham apa salah kau,
jangan buat taktau,
jangan buat "dang" bak kata kau,
ambil iktibar,
bila kena marah,
faham?

Dulu ye aku diam,
Tapi sekarang tak lagi,
aku baru sedar, mungkin.

Bila aku berubah,
semua kata "aku nak kau yang dulu"
yang macam mana?
yang lembut , dengar kata?
macam tu ke?

Kau tau tak?
Bila aku lembut , dengar kata semua tu,
orang ambil kesempatan,
macam tikam belakang.
Kau tau ke tidak?

Hakikatnya,
aku sahaja yang rasa,
kau takda kan?
tak kan !?

Biarlah aku berubah,
berubah untuk kebaikkan aku sendiri,
bila kau baik dengan aku,
aku baik lah.
tapi kalau sebaliknya,
aku pun begitu.

DEAL ?

Visit ibu [ 17.1.2014 ]

17 Jan 2014 @ Friday, January 17, 2014 | 0 Comment [s]

Assalamualaikum.

" I HAVE A GREAT MOM AND I LOVE HER "

Tadi tengok ibu, she's better than before. Alhamdulillah

Cuma,
Ibu kurus sikit. 
Bukan sikit senanya,
Banyak.

Hm :(

Aku cuma cakap kat ibu,
" Makan banyak sikit eh ibu ... "
Itu je.

Air mata nak deras keluar,
tapi,
aku tahan.

sebab...

aku taknak ibu tahu aku sedih,
sedih dengan keadaan ibu sekarang.

entah kenapa ,
hati aku sayu sangat.

Ibu,
Dialah satu-satunya perempuan 
yg paling hebat dalam hidup aku.
Ya!
Paling hebat.

Ibu lahirkan aku.
Ibu susukan aku.
Ibu jaga aku.
Ibu layan kerenah aku.
Ibu dengar celoteh aku.
Ibu teman aku siapkan hw.
Ibu berjaga malam bila aku demam.
Ibu risau bila aku sakit.
Ibu gelisah bila ada orang kenakan aku.
Ibu ada bila aku susah , gembira , sedih . semua !

Sekarang....

Ibu sakit.
tapi ibu senyum saja.
walaupun aku tau ibu nangis dalam senyuman.
Ibu kuat.
Ya.
Ibu sangat kuat.

Ibuku tersayang, 
tabahkan hatimu menempuh dugaan 
yang diberi oleh-Nya.

Setiap orang pasti akan ada ujiannya.
Jadi,
kuatkan hatimu ibu.
Along sayang ibu.

Allah SWT berfirman : “Dan sungguh akan Kami berikan cobaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar. orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan: “Inna lillaahi wa innaa ilaihi raaji’uun” . (QS al-Baqarah [2] : 155-156)

Peluk cium untuk ibu,
Along.

Ibu.

13 Jan 2014 @ Monday, January 13, 2014 | 1 Comment [s]

Assalamualaikum.


Ibu,
Engkaulah satu-satunya 
dalam hidup aku,
Tiada sesiapa boleh gantikan dirimu 
Wahai ibuku.

Ibu,
Bertahanlah dengan dugaan
yang diberikan,
Aku tahu engkau kuat,
Wahai ibuku.

Ibu,
Akukan selalu sentiasa
berada disisimu.
Ayah dan juga adik.
Kerana kami amat menyayangimu,
Wahai ibuku.


Jatuh air mata aku depan mereka.
Jatuh semangat aku depan mereka.
Jatuh kekuatan aku depan mereka.

Aku yang selalu ketawa.
Aku yang selalu bergurau.
Aku yang selalu gembira.

Ternyata itu hanya luaran sahaja.
Dalaman , siapa sahaja yang tahu.
Melainkan Allah.

Selalu aku sembunyikan perasaan sedih aku,
Kecewa dan sebagainya,
kerana aku tidak mahu mereka
melihat aku lemah
aku hanya mahu jadi seperti orang lain
yang kuat dengan ujian-Nya






Ibu ? kenapa ibu tak bagitau along yang ibu nak operation ? Ayah pun sama ? Kenapa ? Along dapat tahu khabar yang ibu nak operation pun dari cikgu . Kenapa bukan dari ayah ibu sendiri ? Kenapa ? Sampai hati ayah ibu .

Along dah lama tak jumpa ayah ibu . Jumpa pun haritu je sehari , itu pun tak sampai setengah hari , tak sampai satu jam . Ibu suruh along dengan adik-adik balik . Along tengok ibu penat aje , along pun dengar je lah kata ibu walaupun rindu di hati masih belum terubat. 








Ibu ? cepatlah baik ? 
Ibu kan kuat.
Betul kan ibu?
Along rindu ibu sangat - sangat.
Dududklah rumah .
Along janji along akan jaga ibu sebaik mungkin.
sebab Along sayang ibu
yang teramat sangat.

Ibu? Along banyak kerja rumah,
Along banyak masalah,
senang cerita along stress lah ibu.

Tapi along taktahu nak cerita dekat siapa,
dekat kawan? 
tak diaorang takkan faham along macam mana ibu faham along.
dekat cikgu?
tak diaorang takkan faham along macam mana ibu faham along.
dekat keluarga lain?
tak diaorang takkan faham along macam mana ibu faham along.

Hanya ibu seorang saja yang faham along.
Ya, tak dinafikan lagi.
Along takda tempat nak mengadu.
bila ibu dekat hospital,
along cuma tahu nangis malam-malam saja.
Along malu nak cerita kat diaorang semua .
Malu.

Ibu? Along minta ibu kuatkan semangat.
Kuatkan hati ibu,
Along nak ibu tau .
Ayah sayang ibu,
Along sayang ibu,
Adik-adik semua sayang ibu,
jadi,
ibu hanya perlu bertahan dengan ujian yang Allah beri.
Tabahkan hati,
Kami akan sentiasa berada di sisi ibu .

Sayang ibu buat selamanya.

Peluk cium ibu dari jauh,
Along.



Penat.

25 Dec 2013 @ Wednesday, December 25, 2013 | 0 Comment [s]

Assalamualaikum .


Hello everyone . Salam Wednesday . Salam 1 Malaysia 

Ececey kemmain . Hm tired of what ? penat lah cuti ni ramai orang datang rumah tengok ibu sebab ibu sakit . Ashot bukan tak suka , Ashot suka gila kalau orang datang rumah . Rasa macam " awh famousnya " Eii hahaha . Takdalah . Joke .

Sekarang ni pun ada lagi orang datang . Ashot dah penat so duduk je lah , ayah masak hehehehe . Jahat ? tak lah . Penat kot , buat air , basu cawan pinggan semua . Huh penat .__.

Terima kasih lah dekat siapa2 yang datang rumah ni :) 
Terima kasih sebab buat ibu senyum :)




Older Post | Newer Post
storyteller.


Entry Ashot Memory Link



Follow me !


The Credits!

Template by : Farisyaa Awayy
Basecode by : Nurynn
Full Edited : asyaa

Best View at GOOGLE CHROME!